Live Streaming JDT Vs BG Pathum United Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) musim 2023 dengan menentang wakil Thailand iaitu pasukan BG Pathum United FC bagi perlawanan kedua kumpulan I yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 3 Oktober 2023.

Peluang JDT Bangkit Lakar Kemenangan

JDT harus memanfaatkan sepenuhnya perlawanan ini untuk meraih kemenangan meskipun ia merupakan satu cabaran getir buat pengendali pasukan JDT iaitu Esteban Solari bagi memastikan pasukan kendaliannya dapat menyaingi kehebatan BG Pathum United yang akan beraksi dengan sehabis baik mungkin di tempat sendiri.

Cabaran Menanti Johor Darul Ta’zim

Walaupun dirumuskan sebagai tugas berat, namun dalam bola sepak apa-apapun boleh terjadi. Sekiranya JDT berjaya menewaskan BG Pathum United FC, sekali gus bakal menjadi momentum untuk terus memperkuatkan pasukan dalam usaha mencipta kejutan pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi musim 2023.

JDT Berpeluang Mara Ke Peringkat Kalah Mati (Pusingan 16)

Berdasarkan persediaan serta prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua barisan pemain JDT dalam menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan).

Perlawanan JDT Vs BG Pathum United ACL 2023 Pasti Berlangsung Sengit

Pertembungan membabitkan Johor Darul Ta’zim dan BG Pathum United FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT berjaya meraih kemenangan kerana kemenangan yang berjaya dilakar sudah tentu akan menyuntik semangat barisan skuad Harimau Selatan serta menambahkan lagi keyakinan untuk menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2023.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs BG Pathum United ACL 2023

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan kedua kumpulan I membabitkan pasukan JDT menentang BG Pathum United FC telah dijadual berlangsung pada hari Selasa bersamaan 3 Oktober 2023 bermula jam 8:00 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Pathum Thani, Thailand.

Aksi JDT vs BG Pathum United turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena Bola (803) serta AstroGo seawal jam 7:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk menonton secara live streaming di internet, penyokong boleh melayari laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).

Keputusan Terkini JDT Vs BG Pathum United FC 3 Oktober 2023

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs BG Pathum United bagi aksi kedua kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung BG Pathum United FC Vs JDT Liga Juara-Juara Asia 2023
Stadium Pathum Thani, Thailand
Tuan RumahFTPelawat
BG Pathum Utd bg pathum united logo24jdt logo JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
5′(P),55′ Victor CardozoArif Aiman 79′,7′
Bergson 14′
Juan Muniz 53′
Pautan Tontonan Online
link Live Streaming JDT Vs BG Pathum United ACL 2023
Info Berkaitan
link Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta JDT ACL Kumpulan I