Siaran langsung keputusan JDT vs Guangzhou FC 27.4.2022

Siaran langsung keputusan JDT vs Guangzhou FC 27 April 2022. Info live streaming jdt vs guangzhou fc acl 2022 dan keputusan.

Live Streaming JDT Vs Guangzhou FC Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

[S]kuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2022 dengan menentang wakil China iaitu pasukan Guangzhou FC bagi perlawanan kelima (timbal balik) kumpulan I yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 27 April 2022.

Johor Tuan Rumah Kumpulan I ACL 2022

Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2022 menyaksikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memilih Johor sebagai tuan rumah bagi saingan Kumpulan I.

Pemilihan Johor selaku tuan rumah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan JDT kerana dengan kehadiran penyokong JDT dapat meniupkan semangat serta motivasi untuk barisan pemain memberikan persembahan terbaik di gelanggang sendiri.

Baki Dua Perlawanan Terakhir Penting Buat JDT

Selepas mengharungi empat perlawanan sebelum ini, kedudukan carta menyaksikan pasukan JDT berada di kedudukan kedua berkongsi mata dengan Ulsan Hyundai 7 mata dan dipisahkan satu mata dengan pendahulu kumpulan I, Kawasaki Frontale setakat ini.

Peluang JDT untuk memburu tempat ke pusingan kalah mati (16 pasukan terbaik) masih lagi terbuka dengan syarat JDT perlu memanfaatkan baki perlawanan yang ada dengan mencatatkan kemenangan.

JDT Berpeluang Mara Ke Peringkat Kalah Mati (Pusingan 16)

Berdasarkan persediaan serta prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua barisan pemain JDT dalam menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia 2022, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan).

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT berjaya meraih kemenangan seterusnya kerana ia akan menyuntik semangat barisan skuad Harimau Selatan serta menambah keyakinan bagi menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Guangzhou FC 27 April 2022 ACL

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi aksi timbal balik perlawanan kelima kumpulan I membabitkan pasukan JDT menentang Guangzhou FC telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 27 April 2022 bermula jam 10 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Aksi pertembungan JDT vs Guangzhou FC turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Arena 2 (saluran 802) seawal jam 9:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini JDT Vs Guangzhou FC ACL 2022

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Guangzhou FC bagi perlawanan timbal balik kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Guangzhou FC ACL 2022
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT20Guangzhou FC
Penjaring GolPenjaring Gol
17′,90+5′ Bergson (P)
Pautan Tontonan Online
Klik Pautan (Link) : Live Streaming JDT Vs Guangzhou FC ACL 2022