Keputusan Live Streaming JDT Vs Kedah Liga Super 2022 Semasa, Terkini Dan Penuh
Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super 2022 bagi perlawanan ke-21 (LS21) yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 11 Oktober 2022.
Penyokong Kedah Darul Aman FC Mahukan Kemenangan
Meskipun Kedah turun beraksi di tempat lawan, penyokong setia Kedah FC pasti meletakkan harapan yang tinggi sambil mengharapkan pasukan pilihan mereka dapat meraih kemenangan tiga mata penuh dalam perlawanan Liga Super 2022 malam ini.
Seiring dengan harapan, kemenangan tersebut sudah tentu akan menjadi pembakar semangat untuk terus meraih kemenangan pada baki perlawanan yang ada dalam saingan Liga Super 2022.
Disebalik Tugas Besar, Kedah Mampu Mencipta Kejutan
Pasukan Kedah Darul Aman FC dijangka menghadapi tugas sukar berdepan dengan Juara Liga Super, JDT pada aksi Liga Super malam ini.
Namun, perlawanan ini merupakan peluang Kedah FC bagi membuktikan mereka mampu mencipta kejutan ataupun sekurang-kurangnya dapat meraih satu mata di gelanggang lawan bagi memperbaiki kedudukan selain memburu tempat terbaik dalam carta Liga Super 2022.
JDT Juara Liga Super 2022
Saingan Liga Super 2022 menyaksikan JDT telah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimiliki selama lapan musim beturut-turut.
Meskipun kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan sudah berada dalam genggaman, JDT sudah tentu tidak mahu ambil mudah terhadap cabaran daripada pasukan Kedah Darul Aman FC.
Perlawanan JDT Vs Kedah FC Pasti Berlangsung Sengit
Pertembungan membabitkan Johor Darul Ta’zim dan Kedah pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.
Strategi, Taktikal JDT Dan Kedah Darul Aman FC Menjadi Tumpuan Penyokong
Penyokong JDT dan Kedah sudah tentu memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan dalam perlawanan tumpuan Liga Super 2022 ini.
Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Kedah Liga Super 11 Oktober 2022
Aksi Liga Super bagi perlawanan ke-21 (LS21) membabitkan pasukan JDT menentang (vs) Kedah telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 11 Oktober 2022 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bermula jam 9 malam.
Perlawanan JDT vs Kedah turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran rasmi youtube Unifi dan Unifi Sports 1 serta di TV9 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Untuk menonton secara live streaming di internet sila layari saluran rasmi Youtube Unifi menerusi judul pautan yang disediakan pada ruangan di bawah.
Pautan (Link) Tontonan Online |
🔗 Live Streaming JDT Vs Kedah Liga Super 2022 Youtube Rasmi Unifi |
Keputusan Terkini JDT Vs Kedah Liga Super 2022
Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs Kedah FC bagi aksi Liga Super 2022 perlawanan LS21 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung JDT Vs Kedah FC Liga Super 2022 | ||||
Stadium Sultan Ibrahim | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
JDT | 4 | – | 1 | Kedah FC |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
50′(P),89 Bergson 63′,68′ Syafiq Ahmad | Ronald Ngah 45′ | |||
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini. | ||||