Keputusan live streaming JDT vs Kuching City FC 23.11.2023

Keputusan live streaming JDT vs Kuching City FC 23.11.2023. Info siaran langsung jdt vs kuching fc liga super 2023 dan keputusan.

[S]kuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan pasukan Kuching City FC dalam aksi perhitungan Liga Super 2023 bagi perlawanan ke-24 (LS24) yang dijadual berlangsung pada hari Khamis, 23 November 2023.

Cabaran Kuching City FC

Perlawanan ini merupakan cabaran buat pengendali pasukan Kuching City FC bagi memastikan pasukan kendaliannya dapat menyaingi kehebatan JDT dengan memberi tentangan sengit di arena lawan.

Meskipun tugas tersebut berat, namun dalam bola sepak apa-apapun boleh terjadi. Sekiranya Kuching City FC berjaya melakukan kejutan keatas JDT, ia merupakan bonus buat pasukan mereka selain dapat memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2023.

Rekod Tanpa Kalah JDT

Bagi JDT pula, perlawanan ini pasti dimanfaatkan untuk terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Malaysia 2023 memandangkan Kuching City FC bukanlah sebuah pasukan yang sukar untuk ditumpaskan.

JDT Juara Liga Super 2023

Pertembungan ini dirumuskan sebagai aksi pelengkap jadual berikutan JDT sudah pun berjaya merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut meskipun saingan masih berbaki beberapa lagi perlawanan.

Aksi JDT Vs Kuching City FC Liga Super 2023

Pertembungan membabitkan JDT dan Kuching FC pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia skuad Harimau Selatan terutamanya yang mahu pasukan mereka terus mengekalkan momentum kemenangan.

JDT Vs Kuching City FC Live

Saingan Liga Super bagi perlawanan ke-24 membabitkan pasukan JDT menentang Kuching City FC telah dijadual berlangsung pada hari Khamis bertarikh 23 November 2023 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bermula jam 8:15 malam.

Aksi JDT vs Kuching FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena Bola (803) serta AstroGO seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Penyokong kedua-dua pasukan boleh juga menonton secara live streaming di internet dengan melayari laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).

Keputusan Terkini

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs Kuching FC bagi aksi Liga Super 2023 perlawanan ke-24 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Pautan Tontonan Online
link Siaran Langsung JDT Vs Kuching City FC Liga Super 2023
Keputusan Langsung Johor Darul Ta’zim Vs Kuching City FC Liga Super 2023
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Tuan RumahFTPelawat
JDT logo jdt20logo kuching fc Kuching FC
Penjaring GolPenjaring Gol
34′ Bergson
42′ Juan Muniz