Siaran langsung keputusan JDT vs Perak 4 September 2020
Keputusan Dan Live Streaming JDT Vs Perak Liga Super 2020. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan Perak The Bos Gaurus dalam perlawanan keenam (LS6) saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 4 September 2020.
Aksi perlawanan JDT menentang Perak bagi saingan ke-6 Liga Super 2020 berlangsung tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.
Biarpun tanpa kehadiran penyokong setia, Norma Baharu ini tidak sesekali menjadi penghalang buat pasukan JDT selaku tuan rumah pada perlawanan ini untuk meneruskan momentum kemenangan dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.
Bagi pasukan Perak pula yang bertandang di tempat lawan, pastinya jurulatih mereka menurunkan kesebelasan pemain terbaik selain sedaya upaya mendapatkan keputusan positif bagi mempertahankan kedudukan yang terbaik dalam carta Liga Super 2020.
Mengenai kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga setelah mengharungi lima perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT kini selaku pendahulu liga dengan tiga belas mata. Manakala Perak pula berada dikedudukan ketiga liga setelah meraih kutipan lapan mata.
Secara keseluruhannya, perlawanan membabitkan JDT dan Perak pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka berusaha bersunguh-sungguh bagi memperoleh kemenangan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Perak Liga Super 4 September 2020
Perlawanan ke-6 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan JDT menentang (vs) Perak telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 4 September 2020 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Sebagai info, aksi JDT vs Perak turut akan disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming JDT Vs Perak Liga Super 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung secara percuma aksi perlawanan Liga Super melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong JDT dan Perak yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan JDT menentang Perak, saingan minggu keenam Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini JDT Vs Perak CIMB Liga Super 2020
Untuk pengkongsian info, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan JDT vs Perak bagi perlawanan keenam saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung JDT Vs Perak CIMB Liga Super 2020 LS6 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
JDT | 7 | – | Perak | |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
22′ Afiq Fazail 35′, 45′, 63′ Cabrera 45+’ Ramadhan 79′ Safawi Rasid 84′ Akhyar Rashid | – | |||
Stadium Sultan Ibrahim |