Siaran langsung keputusan JDT vs Sabah 2 Oktober 2020
Keputusan Dan Live Streaming JDT Vs Sabah Liga Super 2020. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan pasukan Sabah dalam perlawanan minggu kesepuluh saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 (LS10) yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.
Pertemuan membabitkan JDT dan Sabah sememangnya sebuah perlawanan tumpuan yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan berikutan JDT dan Sabah turun beraksi untuk merealisasikan misi penting mereka dimana JDT memerlukan kemenangan bagi memuktamadkan kejuaraan Liga Super 2020 buat kali ketujuh berturut-turut adalah milik mereka, manakala Sabah pula mencari kemenangan agar memperbaiki kedudukan terkini mereka dalam carta liga super 2020 selain mengelakkan dari tersingkir daripada saingan Liga Super pada musim hadapan.
Dalam pada itu, aksi perlawanan JDT menentang Sabah bagi saingan kesepuluh Liga Super 2020 masih berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga selepas mengharungi sembilan aksi perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT kini selaku pendahulu liga dengan 23 mata selain merupakan satu-satunya pasukan yang masih mempertahankan rekod tanpa kalah. Manakala Sabah pula berada dikedudukan kesembilan liga dengan kutipan sembilan mata.
Secara keseluruhannya, pertembungan membabitkan JDT dan Sabah pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka memperoleh keputusan kemenangan sekaligus dapat menambah tiga mata berharga.
Senarai sub-tajuk Artikel
Siaran Langsung JDT Vs Sabah Liga Super 2 Oktober 2020
Perlawanan kesepuluh saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan JDT menentang (vs) Sabah telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.
Untuk makluman, aksi JDT vs Sabah turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming JDT Vs Sabah Liga Super 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong JDT dan Sabah yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan JDT menentang Sabah, saingan minggu kesepulu Liga Super secara live streaming di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi: https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini JDT Vs Sabah CIMB Liga Super 2020
Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan JDT vs Sabah bagi perlawanan kesepuluh saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung JDT Vs Sabah CIMB Liga Super 2020 LS10 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
JDT | 4 | – | 1 | Sabah |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
38′ Diogo 57′, 81′ Safawi Rasid 85′ Leandro | Buschening 75′ | |||
Stadium Sultan Ibrahim. |