Live Streaming JDT Vs Terengganu Piala Sumbangsih 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

Bahang saingan Liga Super musim 2023 kini sudah terasa apabila dua pasukan gergasi bola sepak tanah air akan berentap bagi merebut gelaran dan menjulang trofi kejuaraan perlawanan Sumbangsih [Piala Sultan Haji Ahmad Shah].

Penyokong Skuad Harimau Selatan Mahu JDT Merangkul Kejuaraan Pertama Musim 2023

Setelah merangkul kesemua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia [Liga-M] musim lalu, penyokong setia JDT pasti meletakkan harapan yang tinggi dengan mengharapkan pasukan JDT dapat meraih kemenangan dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah bagi musim 2023.

Terengganu Mahu Menghadiahkan Kejuaraan Piala Sumbangsih 2023 Kepada Penyokong

Pasukan Terengganu sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di perlawanan Sumbangsih 2023 dengan berjuang berhabis-habisan bagi mendapatkan kemenangan untuk menghadiahkan trofi kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2023 kepada penyokong setia mereka yang memberi sokongan tidak berbelah bagi.

Disebalik Tugas Besar, Terengganu FC Mahu Mencipta Kejutan

Terengganu FC dijangka menghadapi tugas sukar berdepan dengan pasukan terkuat dalam saingan Liga-Malaysia, JDT pada aksi perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023 ini.

Namun, perlawanan ini merupakan peluang Terengganu FC bagi membuktikan mereka mampu mencipta kejutan sekali gus dapat memadamkan rekod tanpa kalah JDT sepanjang beraksi di gelanggang sendiri.

JDT Dalam Misi Memburu Kejuaraan Pertama Musim 2023

Aksi perlawanan Sumbangsih 2023 menyaksikan JDT dalam misi memburu kejuaraan pertama dalam saingan Liga-Malaysia musim 2023.

Bagi merealisasikan misi tersebut, JDT sudah tentu tidak mahu ambil mudah terhadap cabaran daripada pihak lawan.

Perlawanan JDT Vs Terengganu FC Piala Sumbangsih 2023 Pasti Berlangsung Sengit

Pertembungan membabitkan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC pasti menarik minat serta menjadi tumpuan semua peminat bola sepak tanah air kerana kedua-dua pasukan ini turun beraksi dengan membawa satu misi yang sama iaitu mahu merangkul kejuaraan pertama dalam saingan Liga Malaysia iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2023.

Strategi, Taktikal JDT Dan Terengganu FC Menjadi Tumpuan Penyokong

Penyokong JDT dan Terengganu FC sudah tentu memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan dalam perlawanan tumpuan ini.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Terengganu FC Piala Sumbangsih 2023

Aksi perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah membabitkan pasukan JDT menentang [vs] Terengganu FC telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 24 Februari 2023 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim bermula jam 9 malam.

Perlawanan JDT vs Terengganu FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Bola 1 [803], Astro Bola 2 [804] serta di RTM sukan dan RTM TV2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Untuk menonton secara live streaming di internet sila layari saluran rasmi Sooka Astro dan Sukan RTM menerusi judul pautan yang disediakan pada ruangan di bawah.

Pautan [Link] Tontonan Online
🔗 Live Streaming JDT Vs Terengganu FC Piala Sumbangsih 2023 [Sooka Astro]
🔗 Live Streaming JDT Vs Terengganu FC Piala Sumbangsih 2023 [RTM Sukan]

Keputusan Terkini JDT Vs Terengganu FC Piala Sumbangsih 2023

Dalam pada itu, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs Terengganu FC bagi aksi Piala Sumbangsih 2023 secara langsung [live score] hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Live Streaming JDT Vs Terengganu FC Piala Sumbangsih 2023
Stadium Sultan Ibrahim
PasukanFTPasukan
JDT jdt fc logo20terengganu fc logo Terengganu
Penjaring GolPenjaring Gol
5′ Juan Muñiz
57′ Bergson
📌 Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini
Juara Piala Sumbangsih 2023
Johor Darul Ta’zim