Keputusan PRN Johor 2022 terkini pilihan raya negeri Johor

Keputusan PRN Johor 2022 terkini pilihan raya negeri Johor. Info live streaming prn johor 2022 serta keputusan undi terkini dan rasmi.

Keputusan Terkini Dan Rasmi Pemenang PRN Johor 2022 Dan Tarikh Mengundi Pilihanraya DUN Negeri Johor

SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menetapkan bahawasanya tarikh 12 Mac 2022 sebagai tarikh mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang ke-15.

Punca Pembubaran Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor

Pilihan Raya Negeri Johor 2022 yang ke-15 diadakan susulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri Johor memiliki majoriti tipis akibat daripada kekosongan kerusi DUN Kempas sekaligus menyebabkan keadaan politik terutamanya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Johor menjadi tidak stabil.

Pengundi Akan Menentukan Tampuk Kepimpinan Baharu Negeri Johor

Keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Johor 2022 ini akan memberi gambaran dan petunjuk yang jelas mengenai sokongan sebenar rakyat terhadap siapakah pemimpin terbaik pilihan rakyat negeri Johor.

Jumlah Kerusi Yang Perlu Dimenangi Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Johor

Bagi membentuk kerajaan negeri Johor yang baharu, mana-mana parti politik dan gabungan parti politik yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Johor.

PRN Johor 2022 Sebagai Persiapan Untuk Pilihan Raya Umum (PRU)

Secara dasarnya, Pilihan Raya DUN Negeri Johor dilihat tidak akan memberi apa-apa perubahan besar kepada perhitungan kuasa di peringkat persekutuan, bagaimanapun PRN Johor bakal membawa implikasi penting kerana semua parti politik yang bertanding pasti akan memanfaatkan keputusan sokongan daripada pengundi sebagai panduan dan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN Johor 2022 Pilihan Raya Negeri Johor

Pilihanraya Negeri (PRN) Johor 2022 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu 12 Mac 2022 dengan liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri Johor boleh mengetahui perkembangan PRN Johor 2022 dari semasa ke semasa.

Info Tarikh Penting Berkaitan Dengan Pilihan Raya Negeri Johor 2022

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Johor PRN Johor 2022
Berikut merupakan perkara dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri Johor 2022.
PerkaraTarikh
Hari Penamaan Calon26 Februari 2022
Tempoh Berkempen26 Februari – 11 Mac 2022
Pengundian Awal8 Mac 2022
Hari Mengundi (umum)12 Mac 2022

Info Senarai Jumlah Keseluruhan Calon Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022

Carta Senarai Parti Politik Dan Parti Gabungan Yang Bertanding Serta Jumlah Bilangan Keseluruhan Calon PRN Johor 2022
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanBilangan calon
1Barisan NasionalBN56
1Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuUMNO37
2Persatuan Cina MalaysiaMCA15
3Kongres India MalaysiaMIC4
2Perikatan NasionalPN56
1Parti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu33
2Parti Islam Se-MalaysiaPAS15
3Parti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan8
3Pakatan Harapan + MUDAPH+MUDA50+7
1Parti Tindakan DemokratikDAP14
Parti Amanah NegaraAmanah16
2Parti Keadilan RakyatPKR20
3Ikatan Demokratik MalaysiaMUDA7
4Parti Pejuang Tanah AirPEJUANG42
5Parti Bangsa MalaysiaPBM4
6Parti Warisan SabahWARISAN6
7Parti Bumiputera Perkasa MalaysiaPUTRA1
8Parti Sosialis MalaysiaPSM1
9Ahli Politik BebasBEBAS16
1Parti Integriti Negara Bangsa2
2Ahli Politik Bebas14
Jumlah Keseluruhan calon239

Info Keputusan Calon-Calon Parti Bertanding Yang Menang Pilihan Raya Negeri Johor 2022 Mengikut Kerusi DUN

Carta Ringkasan Senarai Keputusan Calon Pemenang PRN Johor 2022
Berikut adalah carta ringkasan keputusan rasmi SPR calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Johor 2022 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Kerusi DUNPemenangParti
(N01) Buloh KasapZahari SaripUMNO (BN)
(N02) JementahNg Kor SimDAP (PH)
(N03) PemanisAnuar Abd. ManapUMNO (BN)
(N04) KemelahSaraswathy NallathanbyMIC (BN)
(N05) TenangHaslinda SallehUMNO (BN)
(N06) BekokTan ChongMCA (BN)
(N07) Bukit KepongSahruddin JamalBersatu (PN)
(N08) Bukit PasirMohamad Fazli Mohamad SallehUMNO (BN)
(N09) GambirShahrihan JaniUMNO (BN)
(N10) TangkakEe Chin LiDAP (PH)
(N11) SeromKharinnisa IsmailUMNO (BN)
(N12) BentayanNg Yak HoweDAP (PH)
(N13) Simpang JeramSalahuddin AyubAmanah (PH)
(N14) Bukit NaningDatuk Mohd. Fuad TukirinUMNO (BN)
(N15) MaharaniAbdul Aziz TalibPAS (PN)
(N16) Sungai BalangSelamat TakimUMNO (BN)
(N17) SemerahMohd Fared Mohd KhalidUMNO (BN)
(N18) Sri MedanZulkurnain KamisanUMNO (BN)
(N19) Yong PengAh SoonMCA (BN)
(N20) SemarangDatuk Samsol BariUMNO (BN)
(N21) Parit YaaniDatuk Najib SamuriUMNO (BN)
(N22) Parit RajaNor Rashidah RamliUMNO (BN)
(N23) PenggaramGan Peck Cheng DAP (PH)
(N24) SenggarangMohd Yusla IsmailUMNO (BN)
(N25) RengitMohd Puad ZarkashiUMNO (BN)
(N26) MachapOnn Hafiz GhaziUMNO (BN)
(N27) Layang-LayangMutalif Abdul RahimUMNO (BN)
(N28) MengkibolChew Chong SinDAP (PH)
(N29) MahkotaSharifah AzizahUMNO (BN)
(N30) PalohLee Ting HanMCA (BN)
(N31) KahangVidyananthan RamanadhanMIC (BN)
(N32) EndauAlwiyah TalibBersatu (PN)
(N33) TenggarohRaven Kumar KrishnasamyMIC (BN)
(N34) PantiHahasrin HashimUMNO (BN)
(N35) Pasir RajaRashidah IsmailUMNO (BN)
(N36) SediliMuszaide MakmurUMNO (BN)
(N37) Johor LamaNorlizah NohUMNO (BN)
(N38) PenawarFauziah MisriUMNO (BN)
(N39) Tanjung SuratAznan TaminUMNO (BN)
(N40) TiramAzizul BachokUMNO (BN)
(N41) Puteri WangsaAmira Aisya Abd AzizMUDA (PH)
(N42) Johor JayaLiow Cai TungDAP (PH)
(N43) PermasBaharuddin Md TaibUMNO (BN)
(N44) LarkinMohd Hairi Mad ShahUMNO (BN)
(N45) StulangAndrew Chen Kah EngDAP (PH)
(N46) PerlingLiew Chin TongDAP (PH)
(N47) KempasRamlee BohaniUMNO (BN)
(N48) SkudaiMarina IbrahimDAP (PH)
(N49) Kota IskandarPandak AhmadUMNO (BN)
(N50) Bukit PermaiMd Jafny Md ShukorUMNO (BN)
(N51) Bukit BatuArthur Chiong Sen SernPKR (PH)
(N52) SenaiWong Bor YangDAP (PH)
(N53) BenutHasni MohammadUMNO (BN)
(N54) Pulau SebatangHasrunizah HassanUMNO (BN)
(N55) Pekan NanasTan Eng MengMCA (BN)
(N56) KukupJefridin AtanUMNO (BN)

Info Keputusan Jumlah Keseluruhan Kerusi Yang Dimenangi Oleh Parti Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022

Carta Keputusan Senarai Parti Politik Dan Parti Gabungan Yang Menang Kerusi DUN PRN Johor 2022
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanJumlah Kerusi Dimenangi
1Barisan NasionalBN40
1Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuUMNO33
2Persatuan Cina MalaysiaMCA4
3Kongres India MalaysiaMIC3
2Perikatan NasionalPN3
1Parti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu2
2Parti Islam Se-MalaysiaPAS1
3Parti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan0
3Pakatan Harapan + MUDAPH13
1Parti Tindakan DemokratikDAP10
Parti Amanah NegaraAmanah1
2Parti Keadilan RakyatPKR1
3Ikatan Demokratik MalaysiaMUDA1
4Parti Pejuang Tanah AirPEJUANG0
5Parti Bangsa MalaysiaPBM0
6Parti Warisan SabahWARISAN0
7Parti Bumiputera Perkasa MalaysiaPUTRA0
8Parti Sosialis MalaysiaPSM0
9Ahli Politik BebasBEBAS0
1Parti Integriti Negara Bangsa0
2Ahli Politik Bebas0
Bagi membentuk kerajaan negeri Johor yang baharu, mana-mana gabungan parti dan parti politik yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Jumlah Keseluruhan Kerusi DUN PRN Johor 202256

Barisan Nasional (BN) Menang 40 Kerusi DUN PRN Johor 2022

Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dengan menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.

Kejayaan majoriti dua pertiga yang diperoleh itu sekaligus membolehkan BN membentuk kerajaan Negeri Johor yang baharu.