Piala AFC 2022 Kedah : Kedudukan Carta Keputusan Dan Jadual

Skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini telah bersedia bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Cup) 2022.

Bali (Indonesia) telah di pilih sebagai bandar tuan rumah berpusat saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 bagi kumpulan G yang terdiri daripada pasukan Kaya F.C.–Iloilo  (Filipina), Bali United FC (Indonesia), Kedah Darul Aman FC (Malaysia) dan Visakha FC (Cambodia).

Pasukan Kedah Darul Aman FC layak mewakili kelab pasukan Liga-Malaysia untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2022 selepas berjaya menempatkan diri di kedudukan kedua dalam saingan Liga Super tahun lalu (2021) sekali gus mendapat slot automatik yang membolehkan mereka menyertai kejohanan Piala AFC bagi tahun 2022.

  • Saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 merupakan edisi ke-19 membabitkan penyertaan 39 pasukan telah di undi mengikut 10 kumpulan masing-masing yang menyaksikan setiap kumpulan di huni oleh empat pasukan kecuali kumpulan F, H dan J hanya tiga pasukan sahaja.
  • Perlawanan peringkat kumpulan dimainkan secara round robin tunggal (satu perlawanan setiap pasukan).
  • Pasukan yang berjaya menjadi juara kumpulan akan layak ke peringkat saingan kalah mati (separuh akhir) manakala pasukan naib juara berpeluang layak berdasarkan pengiraan dan perbandingan serta pungutan mata paling tinggi di antara naib juara kumpulan-kumpulan lain.
  • Saingan peringkat kalah mati (separuh akhir) antara zon bagi Zon Asean dan Zon Asia Tengah (Central Asia Zone) secara keseluruhannya membabitkan 4 pasukan. Tiada aksi timbal balik dijalankan sepertimana musim sebelumnya.
  • Pemenang peringkat separuh akhir ini akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut tempat ke play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone – Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) yang melibatkan 4 pasukan keseluruhan.
  • Pemenang peringkat play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone) akan layak ke perlawanan play-off akhir (final) Inter-zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) dan Zon Asia Barat yang membabitkan 4 pasukan.
  • Perlawanan akhir sebenar saingan Piala AFC 2022 akan menemukan pemenang play-off akhir Inter-Zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) menentang pemenang akhir Zon Asia Barat (West Asia Zone).

Pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC 2022 akan layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2023 (ACL) tanpa melalui play-off kelayakan.

Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 merupakan edisi ke-19 sambil menyaksikan Kedah telah diundi berada dalam kumpulan G yang turut membabitkan kelab-kelab dari negara Filipina (Kaya F.C.–Iloilo), Indonesia (Bali United FC) dan Cambodia (Visakha FC).

Berikut adalah pernyataan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, keputusan dan kedudukan carta Kedah dalam kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 bermula dengan saingan peringkat kumpulan.

Jadual Dan Keputusan Kedah Kumpulan G Piala AFC 2022 (AFC Cup)
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
24 Jun – Jumaat
5PMKaya F.C.12Visakha FC
9PMBali United FC20Kedah FC
27 Jun – Isnin
5PMVisakha FC52Bali United FC
9PMKedah FC41Kaya F.C.
30 Jun – Khamis
5PMKaya F.C.01Bali United FC
9PMKedah FC51Visakha FC
Kedudukan Carta Terkini Kedah Kumpulan G Piala AFC 2022
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Kedah FC320194+56
2Visakha FC320188+06
3Bali United FC320155+06
4Kaya F.C.–Iloilo300327-50
* Kedah Darul Aman FC layak ke peringkat separuh akhir antara Zon (ASEAN)
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata
Petunjuk Warna Dalam Carta
Layak ke pusingan separuh akhirBerpeluang layak ke pusingan separuh akhirTersingkir
Jadual Dan Keputusan Kedah Separuh Akhir Piala AFC 2022 (AFC Cup) Zon ASEAN
Tarikh MasaTuan RumahKeputusanPelawat
9 Ogos – Selasa
7PMPSM Makassar21Kedah FC