Live Streaming Kedah Vs Negeri Sembilan Liga Super 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh
Pasukan Kedah Darul Aman FC menerima kunjungan Negeri Sembilan FC dalam perlawanan ke-23 (LS23) saingan Liga Super yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 28 Oktober 2023.
Misi Tiga Mata Kedah Di Arena Sendiri
Perlawanan ini merupakan misi penting buat Kedah Darul Aman FC merebut tiga mata berharga bagi memastikan peluang untuk memburu kedudukan sebagai pasukan naib Juara Liga Super 2023 kelihatan lebih cerah.
Cabaran Buat Pasukan Kedah
Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri bukanlah satu kelebihan, justeru menentang pasukan Negeri Sembilan FC disifatkan sebagai cabaran getir pasukan Kedah bagi menandingi kehebatan lawan yang turun beraksi dengan memperjuangkan misi sama.
Negeri Sembilan FC Juga Mahu Kemenangan
Bagi pasukan Negeri Sembilan FC pula, perlawanan ini merupakan peluang yang harus dimanfaatkan dengan sehabis baik mungkin bagi mendapatkan kemenangan biarpun lawan adalah sebuah pasukan yang agak sukar untuk ditumpaskan.
Kedah Darul Aman FC Dalam Misi Memburu Naib Juara Liga Super 2023
Saingan Liga Super Malaysia 2023 turut menyaksikan Kedah Darul Aman FC dalam misi mahu meletakkan pasukan selaku naib Juara. Bagi merealisasikan misi tersebut, Kedah sudah tentu tidak mahu ambil mudah terhadap cabaran daripada pihak lawan.
Perlawanan Kedah Vs Negeri Sembilan Pasti Mendebarkan
Pertembungan membabitkan Kedah Darul Aman FC dan Negeri Sembilan FC pasti berlangsung dengan aksi mendebarkan serta menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan yang mahu pasukan mereka memperoleh kemenangan penting.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Kedah Vs Negeri Sembilan Liga Super 2023
Saingan Liga Super musim 2023 bagi perlawanan ke-23 membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC menentang negeri Sembilan FC telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu bertarikh 28 Oktober 2023 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar bermula jam 5:30 petang.
Aksi Kedah vs Negeri Sembilan turut disiarkan secara siaran langsung saluran sukan Astro Arena Bola (803) serta AstroGo seawal jam 4:45 petang bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.
Penyokong Kedah dan Negeri Sembilan boleh juga menonton secara live streaming di internet dengan melayari laman sesawang penstriman rasmi Sooka (Astro)
Keputusan Terkini Kedah Darul Aman Vs Negeri Sembilan 28 Oktober 2023
Dalam pada, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Kedah vs Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super 2023 perlawanan ke-23 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Kedah Darul Aman FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 2023 | ||||
Stadium Darul Aman, Alor Setar | ||||
Tuan Rumah | FT | Pelawat | ||
Kedah FC | 3 | 0 | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
13′ Manuel Ott 15′ Amirbek 53′ Ifedayo | ||||
Pautan Tontonan Online |