Siaran langsung keputusan Kedah vs Terengganu FC 7 Mac 2020
Aksi tumpuan CIMB Liga Super 2020 minggu ini menyaksikan skuad Lang Merah, Kedah melayani kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan kedua Liga Super yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 7 Mac 2020.
Mengenai pertembungan ini, pasukan Kedah sudah tentu akan memanfaat sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2020 selain menghadiahkan kemenangan kepada penyokong skuad Lang Merah.
Bagi Terengganu FC pula, mereka bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar dengan satu misi iaitu mahu merealisasikan kemenangan pertama musim ini.
Melihat pada situasi ini, pasukan Kedah dan Terengganu mempunyai satu misi yang sama iaitu mahu melakar kemenangan yang pertama selepas masing-masing tumpas pada aksi pembukaan saingan Liga Super 2020 minggu lalu.
Dalam pada itu, penyokong setia skuad Lang Merah dan Terengganu FC pasti meletakkan harapan yang tinggi dengan mengharapkan pasukan masing-masing dapat melakar kemenangan dan meraih 3 mata penuh dalam perlawanan kedua Liga Super 2020 kerana kemenangan yang diharapkan ini sudah tentu akan membuatkan penyokong lebih semangat untuk terus memberi sokongan sepanjang musim.
Keputusan pada perlawanan kedua liga ini akan memberi gambaran awal tentang kekuatan pasukan Kedah mahupun Terengganu FC dalam menghadapi cabaran Liga Super musim ini yang dilihat lebih mencabar berbanding musim-musim sebelumnya.
Infosentral yakin pertembungan membabitkan Kedah dan Terengganu FC pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana Kedah dan Terengganu mempunyai sejarah rekod pertemuan yang tersendiri.
Senarai sub-tajuk Artikel
Live Streaming Kedah Vs Terengganu FC Liga Super 7 Mac 2020
Perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Kedah menentang (vs) Terengganu FC telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 7 Mac 2020 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Sebagai makluman, perlawanan ini turut disiarkan secara siaran langsung melalui RTM TV1 dan Unifi Sports seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Keputusan Terkini Kedah Vs Terengganu FC CIMB Liga Super 2020
Dalam perkembangan yang sama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs Terengganu FC bagi perlawanan kedua saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
KEPUTUSAN LANGSUNG KEDAH VS TERENGGANU FC CIMB LIGA SUPER 2020 LS2 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Kedah ![]() | 3 | – | 4 | ![]() |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
![]() ![]() ![]() | Dominique 84′ ,81′ ,64′ ,2′![]() | |||
![]() |
![]() |
![]() |