Keputusan Jumlah Undi Terkini Dan Rasmi Pilihan Raya Negeri PRN 2023 PRU DUN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan
Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri yang terlibat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan telah diadakan serentak pada tarikh hari mengundi umum iaitu 12 Ogos 2023 (Sabtu).
Peranan Penting Pilihan Raya Negeri
Pilihan Raya Negeri (PRN) memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem demokrasi Malaysia. Pilihanraya negeri memberi rakyat kuasa mutlak untuk memilih pemimpin terbaik bagi mewakili kepentingan mereka di peringkat negeri selain berpeluang menyuarakan pendapat serta memberi mandat kepada pemimpin pilihan bagi menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.
Peluang Rakyat Melibatkan Diri Dalam Politik
Pilihan Raya Negeri juga membuka peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam proses politik negara dimana rakyat dapat menyertai parti politik, terlibat dalam kempen pilihan raya selain turut dapat memberi sumbangan kepada calon yang mereka sokong.
Faktor ini sekali gus dapat meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat dan memupuk kepentingan dalam isu-isu awam.
Cabaran Dalam Pilihan Raya Negeri
Pilihan raya negeri juga mempunyai cabaran dan isu-isu yang perlu diatasi. Salah satu cabaran antaranya adalah pengaruh wang dalam proses pilihan raya. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan bahawa pilihan raya negeri adalah adil dan bebas dari pengaruh wang politik.
Tarikh Mengundi Pilihan Raya Enam Negeri Terlibat 2023
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri yang terbabit serta menetapkan tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.
Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN 2023 Pilihan Raya DUN Negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu Dan Kelantan
Pilihanraya Negeri 2023 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 12 Ogos 2023 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.
Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri yang terlibat boleh mengetahui perkembangan keputusan PRN 2023 melalui laman ini dari semasa ke semasa.
Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri PRN 2023 | |
Berikut merupakan butiran dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri 2023. | |
Butiran | Tarikh |
Hari Penamaan Calon | 29 Julai 2023 |
Tempoh Berkempen | 14 Hari |
Pengundian Awal | 8 Ogos 2023 |
Hari Mengundi (umum) | 12 Ogos 2023 |
Statistik Rumusan Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri PRN DUN 2023 | |||||||||
Negeri | Jumlah Kerusi DUN Dimenangi | ||||||||
Jumlah Kerusi DUN | PH | PN | MUDA | PSM | PRM | PUR | PFP | B | |
36 | Kedah | 3 | 33 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
45 | Kelantan | 2 | 43 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
32 | Terengganu | 0 | 32 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
40 | P.Pinang | 29 | 11 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
56 | Selangor | 34 | 22 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
36 | N.Sembilan | 31 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Senarai Nama Penuh Parti Bertanding | |||
Bil. | Parti Politik + Parti Gabungan | Singkatan | |
1 | Pakatan Harapan | PH | |
i | Parti Keadilan Rakyat | PKR | |
ii | Parti Amanah Negara | Amanah | |
iii | Parti Tindakan Demokratik | DAP | |
iv | Barisan Nasional | BN | |
2 | Perikatan Nasional | PN | |
i | Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Bersatu | |
ii | Parti Islam Se-Malaysia | PAS | |
iii | Parti Gerakan Rakyat Malaysia | Gerakan | |
3 | Ikatan Demokratik Malaysia | MUDA | |
4 | Parti Sosialis Malaysia | PSM | |
5 | Parti Rakyat Malaysia | PRM | |
6 | Parti Utama Rakyat | PUR | |
7 | Penang Front Party | PFP | |
8 | BEBAS | B |
Sorotan Kandungan
- Keputusan Jumlah Undi Terkini Dan Rasmi Pilihan Raya Negeri PRN 2023 PRU DUN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan
- Peranan Penting Pilihan Raya Negeri
- Peluang Rakyat Melibatkan Diri Dalam Politik
- Cabaran Dalam Pilihan Raya Negeri
- Tarikh Mengundi Pilihan Raya Enam Negeri Terlibat 2023
- Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN 2023 Pilihan Raya DUN Negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu Dan Kelantan