Siaran langsung keputusan Maharaja Lawak Mega 2021

Siaran langsung keputusan Maharaja Lawak Mega 2021. Info live streaming maharaja lawak mega 2021 astro warna dan keputusan penyingkiran.

Keputusan Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2021 Siaran Langsung Di Astro Warna Minggu 1 Hingga Final

[S]etelah sekian lama tiada gelak ketawa di hadapan layar tv pada malam hari Jumaat berikutan tidak ada rancangan komedi yang mencuit hati, kini Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) kembali dengan membawa objektif yang bermakna iaitu menghiburkan penonton selain memberi mesej positif yang terselit dalam setiap aksi komedi yang disampaikan kepada penonton di Astro Warna.

Maharaja Lawak Mega 2021 Memberi Kejutan Terbaharu

Penonton dan peminat Program realiti hiburan Maharaja Lawak Mega 2021 pada tahun ini bakal menyaksikan beberapa kejutan terbaharu antaranya seperti penampilan pelawak yang bergabung dan berkerjasama dalam sebuah kumpulan baharu.

Jumlah Keseluruhan Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Maharaja Lawak Mega 2021 menyaksikan penyertaan sebanyak 11 kumpulan yang terdiri daripada kolaborasi di antara pelawak lama dan pelawak baharu dan tiada penyertaan daripada peserta solo.

Pengacara Dan Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2021

Datuk AC Mizal masih diberi kepercayaan oleh pihak Astro bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Maharaja Lawak Mega buat kali kesembilan berturut-turut di samping empat juri tetap yang akan diumumkan pada siaran langsung minggu pertama MLM2021.

Harapan Penonton Dan Peminat Program Maharaja Lawak Mega

Penonton dan peminat Maharaja Lawak Mega 2021 pasti mengharapkan peserta MLM2021 mampu menghasilkan karya lawak segar dan berinovasi serta memberi mesej yang positif.

Hadiah Maharaja Lawak Mega 2021

Juara Maharaja Lawak Mega 2021 akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500,000. Naib Juara sebanyak RM250,000 manakala tempat ketiga pula mendapat RM150,000.

Disamping itu, peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM15,000. Selain hadiah wang tunai, peserta turut menerima sebuah trofi Maharaja Lawak Mega 2021.

Tarikh Program Maharaja Lawak Mega 2021 Bermula

Maharaja Lawak Mega 2021 akan bermula pada 15 Oktober 2021 setiap Jumaat pukul 9 malam bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Siaran Langsung Atau Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2021 Astro Warna

Penonton dan peminat program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) boleh menyaksikan aksi pelawak mengikut tema atau tugasan mingguan secara siaran langsung di saluran Astro Warna dan semua platform Astro GO dan On Demand selain penonton boleh menonton secara live streaming melalui saluran Astro Gempak Youtube.

Info Senarai Peserta Dan Siaran Langsung Atau Live Streaming Maharaja Lawak 2021
PerkaraButiran
ProgramMaharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021)
Tarikh / MasaBermula 15 Oktober 2021 (setiap Jumaat) / jam 9 malam
PengacaraDato’ AC Mizal
PesertaSenarai Lengkap Peserta Maharaja Lawak Mega 2021
SaluranBersiaran secara langsung di Astro Warna dan live streaming di Astro Gempak Youtube

Keputusan Maharaja Lawak Mega 2021 peserta kumpulan tersingkir

Peserta atau kumpulan yang mendapat markah terendah akan tersingkir dari persaingan Maharaja Lawak Mega 2021. Berikut adalah carta keputusan peserta yang diumumkan tersingkir mengikut minggu.

Keputusan Penyingkiran Peserta Maharaja Lawak Mega 2021
Saingan / PeringkatKumpulan Tersingkir
Minggu 1Tiada Penyingkiran
Minggu 2Ori
Minggu 3R&R
Minggu 43OTAK
Minggu 5Taici
Minggu 6Tiada Penyingkiran
Minggu 7Cawan
Minggu 8 (Suku Akhir)Tiada Penyingkiran
Minggu 9 (Separuh Akhir)Otai
Minggu 10 (Final)Pemenang
JuaraTiro
Naib JuaraPuteh
KetigaBoro
KeempatBahye
KelimaTobat