Live Streaming Malaysia Vs China 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menentang pasukan China bagi aksi perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa Tier 1 kedua yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 9 September 2023.
Objektif Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia Vs China
Objektif utama perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 membabitkan Malaysia menentang pasukan tuan rumah, China adalah bagi mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan terpenting iaitu pusingan akhir Piala Asia (2023/2024 AFC Asian Cup) yang dijadual berlangsung bermula pada 12 Januari 2024 di Qatar.
Meningkatkan Kedudukan Ranking Dunia FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia
Perlawanan persahabatan menentang China disifatkan sebagai aksi penting bagi meningkatkan kedudukan pasukan Malaysia dalam carta Ranking bola sepak Dunia FIFA selain sebagai strategi bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia sekali gus dapat mengelak dari bermain pada pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.
Menilai Prestasi, Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sehabis baik mungkin untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan lebih mantap.
Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dan China
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia kini berada dikedudukan ke-136 dunia manakala pasukan China pula menduduki ranking ke-80 dunia.
Malaysia Berada Dalam Kelompok Ranking Ke-25 Terbaik Asia
Skuad Harimau Malaya kini berada pada kedudukan ranking ke-24 bola sepak negara Asia. Malaysia perlu kekalkan kedudukan ini bagi mengelakkan dari beraksi dalam pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.
Berikut adalah lampiran yang memaparkan kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak Asia (AFC) dan dunia (FIFA) serta penambahan pungutan mata selepas berjaya mengikat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan menentang Syria tempoh hari (6 September 2023).

Penyokong Skuad Harimau Malaya Mengharapkan Kemenangan
Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan China sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat melakar kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan lebih baik skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking.
Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong
Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan Tier 1 di antara pasukan Malaysia menentang China.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs China Persahabatan 2023
Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) China telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 9 September 2023 bertempat di Stadium Phoenix Hill, Chengdu China bermula jam 7:35 malam.
Aksi perlawanan Malaysia vs China turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena dan TV9 seawal jam 7:05 malam bermula dengan siaran pra rancangan.
Keputusan Terkini Malaysia Vs China 9 September 2023
Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs China bagi aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Vs China Persahabatan Antarabangsa Tier 1 | ||||
Stadium Phoenix Hill, Chengdu China | ||||
Pasukan | FT | Pasukan | ||
Malaysia | 1 | 1 | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
11′ Faisal Halim | Lin Liangming 36′ | |||
Video Highlights Malaysia Vs China Friendly Match 2023 |
Pautan (Link) Tontonan Online |
Sorotan Kandungan
- Live Streaming Malaysia Vs China 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
- Objektif Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia Vs China
- Meningkatkan Kedudukan Ranking Dunia FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia
- Menilai Prestasi, Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan
- Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dan China
- Malaysia Berada Dalam Kelompok Ranking Ke-25 Terbaik Asia
- Penyokong Skuad Harimau Malaya Mengharapkan Kemenangan
- Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong
- Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs China Persahabatan 2023
- Keputusan Terkini Malaysia Vs China 9 September 2023