Siaran Langsung Keputusan Malaysia Vs Filipina 2022

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) dibawah kendalian ketua jurulatih baharu iaitu Kim Pan Gon akan menentang pasukan Philippines pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 23 Mac 2022.

Objektif utama perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di antara Malaysia menentang Filipina adalah bertujuan mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung bulan Jun ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sebaiknya untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia berada dikedudukan ke-154 dunia manakala pasukan Filipina pula menduduki ranking ke-129 dunia.

Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan Filipina sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat mencipta kejutan dengan mencipta kemenangan kerana kemenangan pada perlawanan antarabangsa kelas A dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan FIFA ranking skuad Harimau Malaya.

Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan kelas A di antara Malaysia menentang Philippines.

Perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) Filipina telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 23 Mac 2022 bertempat di Stadium Nasional Singapore bermula jam 8 malam.

Aksi perlawanan persahabatan Malaysia vs Filipina turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena 2 seawal jam 7:00 malam bermula dengan rancangan pra-perlawanan.

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Malaysia vs Filipina bagi aksi persahabatan antarabangsa secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysia Vs Filipina Persahabatan 2022
Stadium Nasional, Singapore
PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia20Philippines
Penjaring GolPenjaring Gol
4′,25′ Akhyar Rashid
Pautan Tontonan Online
Klik Pautan (Link) : Live Streaming Malaysia Vs Philippines International Friendly Match 2022