Live Streaming Malaysia Vs India 2023 Pestabola Merdeka Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh
Skuad Harimau Malaya memulakan saingan kejohanan bola sepak jemputan antarabangsa iaitu Pestabola Merdeka dengan menentang pasukan India dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 13 Oktober 2023.
Pestabola Merdeka 2023 Medan Pemilihan Pemain Terbaik
Kejohanan bola sepak jemputan antarabangsa, Pestabola Merdeka 2023 sudah tentu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon bagi memilih barisan pemain terbaik negara untuk menggalas cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual bermula pada bulan Januari 2024.
Rekod Pertemuan Terakhir Malaysia vs India
Tidak banyak perlawanan membabitkan Malaysia dan India di peringkat antarabangsa, namun pertemuan terakhir Malaysia menentang India adalah pada tahun 2011 yang menyaksikan Malaysia tewas 2-3 dan seri 1-1 dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa tahun yang sama.
Kedudukan Ranking FIFA Terkini Malaysia Dan India
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) setakat Oktober 2023, Malaysia kini berada dikedudukan ke-134 dunia manakala pasukan India pula menduduki ranking ke-102 dunia.
Malaysia Vs India Pestabola Merdeka 2023 Menjadi Perlawanan Tumpuan Penyokong
Perlawanan Malaysia menentang India pasti menjadi tumpuan penyokong berikutan kedua-dua pasukan ini akan merealisasikan matlamat yang tersendiri iaitu mahu meraih kemenangan selain menyusun strategi bagi menghadapi kempen Piala Asia 2023 di Qatar nanti.
Penyokong Skuad Harimau Malaya Mengharapkan Kemenangan
Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan India merupakan kejohanan jemputan, namun Pestabola Merdeka diklasifikasikan sebagai perlawanan antarabangsa Tier 1 yang dapat memberi mata bagi memperbaiki kedudukan lebih baik skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking sekiranya meraih kemenangan.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs India Pesta Bola Merdeka 2023
Perlawanan Pestabola Merdeka 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) India telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat bertarikh 13 Oktober 2023 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9 malam.
Aksi Malaysia vs India turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena Bola (803) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh juga menonton perlawanan Malaysia vs India secara live streaming di internet dengan melayari laman penstriman rasmi Sooka (Astro).
Keputusan Terkini Malaysia Vs India 13 Oktober 2023
Dalam pada itu, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs India bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Vs India 2023 Pesta Bola Merdeka | ||||
Stadium Nasional Bukit Jalil | ||||
Pasukan | FT | Pasukan | ||
Malaysia | 4 | 2 | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
7′ Dion Cools 20′ (P) Arif Aiman 42′ Faisal Halim 60′ Corbin-Ong | N.Mahesh Singh 13′ Sunil Chhetri 51′ | |||
Pautan Tontonan Online |
Siaran Langsung Malaysia Vs India Pestabola Merdeka 2023 |