Keputusan siaran langsung Malaysia vs Indonesia 19 November 2019
Skuad Harimau Malaya (Malaysia) meneruskan saingan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pusingan kedua dengan menentang pasukan Indonesia bagi perlawanan kelima dalam kumpulan G yang telah dijadual berlangsung pada hari Selasa 19 November 2019.
Perlawanan Malaysia menentang Indonesia amat penting kerana keputusan kemenangan pada perlawanan ini akan mencerahkan laluan Harimau Malaya untuk menjadi pasukan yang berada dikedudukan kedua terbaik kumpulan untuk mara ke pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.
Jika dilihat secara realistik, Malaysia berpeluang meraih kemenangan ke atas Indonesia dalam perlawanan ini kerana Malaysia telah berjaya melakukannya dengan menewaskan Indonesia 3-2 ketika aksi pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September 2019 yang lalu.
Namun, Malaysia perlu berwaspada kerana kunjungan Indonesia kali ini pasti dengan misi penting iaitu mahu menebus kembali kekalahan mereka.
Sepanjang mengharungi empat perlawanan sebelum ini dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 kumpulan G, Malaysia telah berjaya meraih dua kemenangan selebihnya tewas sekali gus meletakan Malaysia dikedudukan ke-4 kumpulan G dengan enam mata.
Manakala Indonesia belum meraih sebarang kemenangan sepanjang mengharungi empat perlawanan dan kini berada di kedudukan tercorot kumpulan G tanpa sebarang mata.
Malaysia Vs Indonesia 19 November 2019 Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023
Perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang Indonesia telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, jam 8:45 malam 19 November 2019 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDONESIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 PIALA ASIA 2023 |
Berikut adalah keputusan perlawanan Ke-5 pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang Indonesia yang dikemaskini menurut keputusan aksi semasa dan terkini sehingga tamat perlawanan. |
KEPUTUSAN LANGSUNG MALAYSIA VS INDONESIA | ||||
Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
Malaysia ![]() | 2 | – | 0 | ![]() |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
![]() | ![]() | |||
![]() |
KEDUDUKAN TERKINI PASUKAN KUMPULAN G | ||||||||
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
![]() | 5 | 3 | 2 | 0 | 5 | 1 | +5 | 11 |
![]() | 5 | 3 | 0 | 2 | 8 | 6 | +2 | 9 |
![]() | 5 | 2 | 2 | 1 | 6 | 3 | +3 | 8 |
![]() | 4 | 2 | 0 | 2 | 8 | 4 | +4 | 6 |
![]() | 5 | 0 | 0 | 5 | 3 | 16 | -13 | 0 |
![]() |
LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA 19 NOVEMBER 2019 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 PIALA ASIA 2023 |
Aksi ke-5 pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 melibatkan pasukan Malaysia menentang Indonesia turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena dan RTM Tv1 (HD) dan TV2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan. |
VIDEO RANGKUMAN GOL MALAYSIA VS INDONESIA 2019 |