Live Streaming Malaysia Vs Korea Selatan Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 (PSAS) Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

Skuad hoki Malaysia (Speedy Tigers) menghadapi cabaran perhitungan terakhir dengan menentang pasukan Korea Selatan (South Korea) dalam kejohanan hoki jemputan antarabangsa, Piala Sultan Azlan Shah 2022 bagi aksi final yang telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 10 November 2022.

Peluang Skuad Hoki Malaysia Mencipta Sejarah

Sejak kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dipertandingkan, pasukan hoki Malaysia belum lagi pernah merangkul kejuaraan.

Bagaimanapun pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul lima kali selaku naib juara sepanjang kejohanan.

Perlawanan akhir ini merupakan peluang skuad hoki Malaysia untuk menamat kemarau kejuaraan negara dengan memburu trofi buat kali pertama dalam sejarah.

Malaysia Vs Korea Selatan Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 Misi Memburu Kejuaraan

Pertemuan ini turut menyaksikan Malaysia dan Korea Selatan turun dengan misi masing-masing iaitu mahu meraih kemenangan bagi merangkul kejuaraan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022.

Korea Selatan mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi sebelum ini manakala pasukan hoki Malaysia ingin merealisasikan impian untuk mencipta sejarah itu tercapai.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs South Korea 10 November 2022 Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 bagi perlawanan akhir (final) membabitkan pasukan Malaysia menentang Korea Selatan telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 10 November 2022 bermula jam 8 malam bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Aksi final hoki Malaysia vs Korea Selatan turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena 2 seawal jam 7 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini Malaysia Vs South Korea Hoki Final Piala Sultan Azlan Shah 2022

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Korea Selatan bagi perlawanan akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysia Vs Korea Selatan Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
Stadium Hoki Sultan Azlan Shah
PasukanFTPasukan
Malaysia hoki malaysia32hoki korea selatan S.Korea
Penjaring GolPenjaring Gol
15′ Shello
45′ Razie Rahim
48′ Aminudin
Jang Jong-hyun 17′
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini
Pasukan Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
hoki malaysia Malaysia