Live Streaming Malaysia Vs Kuwait 2021 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh
Skuad Harimau Malaya (Malaysia) yang kini berada di Dubai bagi meneruskan saingan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pusingan kedua terlebih dahulu menentang pasukan Kuwait sebagai aksi pemanas badan (pelawanan latihan) sebelum memulakan saingan sebenar yang dijadual pada 4 Jun 2021.
Malaysia Vs Kuwait Perlawanan Berstatus Tertutup
Pasukan Malaysia dan Kuwait telah bersetuju mengadakan perlawanan ini secara tertutup kerana keputusan pada perlawanan ini tidak memberi apa-apa kelebihan dalam ranking FIFA kepada kedua-dua pasukan melainkan dimanfaatkan oleh pengendali masing-masing dalam mencari ramuan untuk membentuk kombinasi kesebelasan terbaik bagi menghadapi saingan sebenar pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.
Baki Tiga Perlawanan Terakhir kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 Penting Buat Malaysia
Aksi Malaysia dalam tiga perlawanan terakhir amat penting kerana keputusan kemenangan pada tiga perlawanan ini akan mencerahkan laluan Harimau Malaya untuk menjadi pasukan yang berada dikedudukan kedua terbaik kumpulan untuk mara ke pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.
Kutipan Mata Dan Kedudukan Malaysia Dalam Carta
Sepanjang mengharungi lima perlawanan terdahulu dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 kumpulan G, Malaysia telah berjaya meraih tiga kemenangan selebihnya tewas sekali gus meletakan Malaysia dikedudukan ke-2 kumpulan G dengan kutipan sembilan mata.
Kedudukan Terkini Malaysia Dalam Kumpulan G | ||||||||
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
Vietnam | 5 | 3 | 2 | 0 | 5 | 1 | +5 | 11 |
Malaysia | 5 | 3 | 0 | 2 | 8 | 6 | +2 | 9 |
Thailand | 5 | 2 | 2 | 1 | 6 | 3 | +3 | 8 |
UAE | 4 | 2 | 0 | 2 | 8 | 4 | +4 | 6 |
Indonesia | 5 | 0 | 0 | 5 | 3 | 16 | -13 | 0 |
Format pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 hanya memilih lapan juara kumpulan dan empat pasukan terbaik naib juara kumpulan untuk ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan 12 pasukan tersebut akan layak secara automatik ke Piala Asia 2023. |
Petunjuk Singkatan Bagi Carta | |||||||
BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
Bilangan Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan Gol | Gol Bolos | Perbezaan Gol | Mata |
Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Kuwait 23 Mei 2021
Perlawanan latihan membabitkan pasukan Malaysia menentang Kuwait telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 23 Mei 2021 bermula jam 11:15 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Sevens, Dubai.
Difahamkan, perlawanan Malaysia vs Kuwait tidak disiarkan secara langsung memandangkan perlawanan ini diadakan secara tertutup. Sekiranya aksi ini dirakamkan secara live streaming di internet, infosentral akan serta pautan (link) tersebut dalam artikel ini.
Keputusan Terkini Malaysia Vs Kuwait 2021
Dalam perkembangan yang sama, Infosentral turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Kuwait bagi aksi pemanas badan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Vs Kuwait 2021 | ||||
The Sevens Stadium | ||||
Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
Malaysia | 1 | – | 4 | Kuwait |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
28′ De Paula | Aldhefeery 21′ Fahad Alhajeri 55′ Shabaib Alkhaldi 61′ Fahad Al-Alabraim 68′ |