Live Malaysia Vs Nepal : Keputusan Siaran Langsung Persahabatan 2024

malaysia vs nepal live
Info Perlawanan Persahabatan Pemanas Badan Membabitkan Pasukan Malaysia Vs Nepal Merangkumi Keputusan, Siaran Langsung Atau Live Streaming.

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menyambut kunjungan pasukan bola sepak Nepal bagi aksi persahabatan ‘pemanas badan’ sebelum meneruskan kembali saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 22 dan 26 Mac 2024 menentang pasukan Oman di tempat lawan dan tempat sendiri.

Malaysia Vs Nepal Perlawanan Tertutup

Aksi perlawanan latihan di antara Malaysia menentang Nepal dikhabarkan akan berlangsung secara tertutup yang diadakan di Stadium UiTM, Shah Alam pada hari Jumaat, 15 Mac 2024.

Menilai Kembali Prestasi Dan Keserasian Pemain

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon sudah tentu akan memanfaatkan perlawanan persahabatan pemanas badan ini dengan sehabis baik mungkin untuk menilai kembali prestasi pemain serta mengukuhkan persefahaman antara pemain yang dipilih mewakili skuad Harimau Malaya bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.

Perbezaan Ranking Dunia FIFA

Mengikut ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) setakat Mac 2024 menyaksikan Malaysia kini berada dikedudukan ke-132 dunia manakala pasukan Nepal pula menduduki ranking ke-175 dunia.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Nepal 2024

Perlawanan persahabatan pemanas badan membabitkan pasukan Malaysia menentang Nepal telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat bertarikh 15 Mac 2024 bertempat di Stadium UiTM Shah Alam bermula jam 10 malam.

Aksi perlawanan Malaysia vs Nepal berkemungkinan tidak disiarkan secara siaran langsung atau live streaming memandangkan perlawanan ini diadakan secara tertutup.

Namun, jika terdapat penstriman di internet membabitkan aksi Malaysia vs Nepal, editor akan sertakan pautan (link) dalam artikel ini.

Keputusan Terkini Malaysia Vs Nepal Persahabatan 2024

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Nepal bagi aksi persahabatan ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Malaysia Vs Nepal 2024
PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia malaysia fam51nepal logo bola Nepal
Penjaring GolPenjaring Gol
31′(P), 35′ Darren Lok
46′ Stuart Wilkin
48′ Daniel Ting
135′ Mukhairi Ajmal
Sameer Tamang 68′
Stadium UiTM Shah Alam
Tontonan Online
pautan keluar Live Streaming Malaysia Vs Nepal Friendly Match 2024