Live Streaming Malaysia Vs Papua New Guinea 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Skuad Harimau Malaya (Malaysia) melayani kunjungan pasukan Papua New Guinea bagi aksi perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa Tier 1 yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 20 Jun 2023.
Objektif Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia Vs Papua New Guinea
Antara lain objektif utama perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 membabitkan Malaysia menentang pasukan Papua New Guinea adalah bagi mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan terpenting iaitu pusingan akhir Piala Asia (2023/2024 AFC Asian Cup) yang dijadual berlangsung bermula pada 12 Januari 2024 di Qatar.
Meningkatkan Kedudukan Ranking Dunia FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia
Perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea disifatkan sebagai aksi penting bagi meningkatkan kedudukan pasukan Malaysia dalam carta Ranking bola sepak Dunia FIFA selain sebagai strategi bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia sekali gus dapat mengelak dari bermain pada pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.
Menilai Prestasi, Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sehabis baik mungkin untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan lebih mantap.
Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dan Papua New Guinea
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia kini berada dikedudukan ke-138 dunia manakala pasukan Papua New Guinea pula menduduki ranking ke-159 dunia.
Malaysia Ranking Ke-25 Terbaik Asia
Skuad Harimau Malaya kini berada pada kedudukan ranking ke-25 bola sepak negara Asia. Malaysia perlu kekalkan kedudukan ini bagi mengelakkan dari beraksi dalam pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Penyokong Skuad Harimau Malaya Mengharapkan Kemenangan
Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan Papua New Guinea sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat melakar kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan lebih baik skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking.
Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong
Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan Tier 1 di antara pasukan Malaysia menentang Papua New Guinea.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Papua New Guinea 20 Jun 2023
Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) Papua New Guinea telah dijadual berlangsung pada hari Selasa bersamaan 20 Jun 2023 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bermula jam 9 malam.
Aksi perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena dan TV9 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.
Keputusan Terkini Malaysia Vs Papua New Guinea Persahabatan 2023
Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Papua New Guinea bagi aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Vs Papua New Guinea Persahabatan Antarabangsa Tier 1 | ||||
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||
Pasukan | FT | Pasukan | ||
Malaysia | 10 | 0 | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
45’+4(P) Safawi Rasid 53′,65′,70′ Paulo Josue 57′,61′,87′,89′ Arif Aiman 59′ Faisal Halim 77′ Daniel Ting | ||||
? Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Video Highlights Malaysia Vs Papua New Guinea Friendly Match 2023 |
Pautan (Link) Tontonan Online |
? Live Streaming Malaysia Vs Papua New Guinea Friendly Match (Sooka Astro) |
? Siaran Langsung Malaysia Vs Papua New Guinea Persahabatan 2023 (TV9) |