Siaran Langsung Keputusan Malaysia Vs Singapura 2023

Skuad Harimau Muda (Malaysia) mengakhiri saingan acara bola sepak lelaki sukan SEA 2023 edisi ke-32 dengan menentang pasukan Singapura dalam perlawanan keempat peringkat kumpulan B yang dijadual berlangsung pada hari Khamis, 11 Mei 2023.

Temasya Sukan SEA (SEA Games) 2023 bagi acara bola sepak lelaki menyaksikan cabaran Malaysia berakhir setakat peringkat kumpulan. Undian sebelum ini tidak memihak kepada skuad Harimau Muda apabila diletakkan dalam kumpulan B yang dirumuskan sebagai kumpulan maut berikutan turut dihuni oleh juara bertahan Vietnam serta pasukan Thailand.

Perlawanan melibatkan pasukan Malaysia menentang Singapore ini adalah sekadar aksi pelengkap jadual berikutan kedua-dua pasukan telah pun tersingkir untuk layak ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.

Sepanjang mengharungi tiga perlawanan sebelum ini Malaysia hanya meraih 3 mata manakala Singapore pula satu mata masing-masing berada pada kedudukan ketiga dan keempat dalam kumpulan B.

Berdasarkan format pertandingan, hanya Juara dan Naib Juara kumpulan sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023.

Berdasarkan rekod pertemuan antara Malaysia dan Singapura, kelebihan awal memihak kepada skuad Harimau Muda namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil jika pasukan Singapura berjaya mencipta kejutan sekiranya pasukan Malaysia memandang rendah terhadap kemampuan pihak lawan.

Perlawanan terakhir kumpulan B acara bola sepak sukan SEA 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang Singapura telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 11 Mei 2023 bermula jam 5 petang waktu Malaysia bertempat di Stadium Visakha (Prince), Phnom Penh.

Aksi perlawanan Malaysia vs Singapore turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan RTM Sukan dan RTM TV Okey serta di Astro Arena seawal jam 4:45 petang bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Untuk menonton secara live streaming di internet sila layari saluran rasmi Sukan RTM menerusi judul pautan yang disediakan pada ruangan di bawah.

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Vietnam bagi perlawanan terakhir kumpulan B acara bola sepak sukan SEA 2023 bagi kedua-dua pasukan secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysia (U22) Vs Singapore (U22) Sea Games 2023
Stadium Visakha (Prince), Phnom Penh
PasukanFTPasukan
Malaysia logo malaysia fam70logo singapura bola Singapore
Penjaring GolPenjaring Gol
15′,48′,55′,64′ Saravanan
45+3′ Haqimi
88′ Mukhairi Ajmal
90+4′ Mohd Aiman
Pautan Info Berkaitan
Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Bola Sepak Sukan SEA