Live Streaming Malaysia Vs Syria 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menentang pasukan Syria bagi aksi perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa Tier 1 yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 6 September 2023.

Objektif Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia Vs Syria

Objektif utama perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 membabitkan Malaysia menentang pasukan Syria adalah bagi mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan terpenting iaitu pusingan akhir Piala Asia (2023/2024 AFC Asian Cup) yang dijadual berlangsung bermula pada 12 Januari 2024 di Qatar.

Meningkatkan Kedudukan Ranking Dunia FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia

Perlawanan persahabatan menentang Syria dirumuskan sebagai aksi penting bagi meningkatkan kedudukan pasukan Malaysia dalam carta Ranking bola sepak Dunia FIFA selain sebagai strategi bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia sekali gus dapat mengelak dari bermain pada pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Menilai Prestasi, Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sehabis baik mungkin untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan lebih mantap.

Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dan Syria

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia kini berada dikedudukan ke-136 dunia manakala pasukan Syria pula menduduki ranking ke-94 dunia.

Malaysia Berada Dalam Kelompok Ranking Ke-25 Terbaik Asia

Skuad Harimau Malaya kini berada pada kedudukan ranking ke-24 bola sepak negara Asia. Malaysia perlu kekalkan kedudukan ini bagi mengelakkan dari beraksi dalam pusi­ngan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya

Penyokong Skuad Harimau Malaya Mengharapkan Kemenangan

Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan Syria sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat melakar kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan lebih baik skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking.

Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong

Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan Tier 1 di antara pasukan Malaysia menentang Syria.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Syria Persahabatan 2023

Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) Syria telah dijadual berlangsung pada hari Rabu bersamaan 6 September 2023 bertempat di Stadium East-Town Football Park Chengdu, China bermula jam 5:00 petang.

Aksi perlawanan Malaysia vs Syria turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena dan TV9 seawal jam 4:30 petang bermula dengan siaran pra rancangan.

Keputusan Terkini Malaysia Vs Syria 6 September 2023

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Syria bagi aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysia Vs Syria 2023 Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Stadium East-Town Football Park Chengdu, China
PasukanFTPasukan
Malaysia harimau malaya logo22syria Syria
Penjaring GolPenjaring Gol
50′ Akhyar Rashid
85′ Darren Lok
Mardik Mardikian 12′
Yassin Samia 41′
Video Highlights Malaysia Vs Syria Friendly Match 2023
Pautan (Link) Tontonan Online
pautan keluar Siaran Langsung Malaysia Vs Syria Persahabatan 2023 (TV9)
pautan keluar Live Streaming Malaysia Vs Syria Friendly Match 2023 (Sooka Astro)