Setiap aksi perlawanan persahabatan bola sepak yang membabitkan skuad Harimau Malaya pasti akan menjadi tumpuan oleh seluruh peminat sukan tanahair apatah lagi penyokong setia skuad Harimau Malaya, mereka tetap menjadi ‘ekor’ Harimau Malaya yang sejati.
Terkini, Malaysia menerima kunjungan pasukan Tajikistan untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa. Perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Tajikistan merupakan ujian buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe bagi mempersiapkan sebuah pasukan yang berada pada tahap prestasi terbaik untuk mengharungi baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.
Biarpun sekadar aksi persahabatan, barisan pemain Harimau Malaya yang diturunkan perlu mempamerkan corak permainan serta displin taktikal yang terbaik selain memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih kemenangan.
Pasukan Tajikistan mempunyai kedudukan yang lebih baik dalam ranking bola sepak FIFA, yang menyaksikan Tajikistan berada pada kedudukan 116 manakala Malaysia berada kedudukan 158.
Oleh itu, Malaysia tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan sendiri malah skuad Harimau Malaya perlu fokus dan mencari kemenangan untuk dihadiahkan kepada penyokong setia skuad Harimau Malaya.
Persahabatan Malaysia Vs Tajikistan 9 November 2019 Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh
Perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Malaysia menentang Tajikistan telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, jam 8:45 malam 9 November 2019 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS TAJIKISTAN 9.11.2019 PERSAHABATAN |
Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa 2019 membabitkan pasukan Malaysia menentang Tajikistan yang dikemaskini menurut keputusan aksi semasa dan terkini sehingga tamat perlawanan. |
Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
Malaysia | 1 | – | 0 | Tajikistan |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
72′ Safawi Rasid | ||||
Stadium Nasional Bukit Jalil |
LIVE STREAMING MALAYSIA VS TAJIKISTAN 9 NOVEMBER 2019 PERSAHABATAN |
Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan pasukan Malaysia menentang Tajikistan turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan. |
VIDEO GOL MALAYSIA VS TAJIKISTAN PERSAHABATAN 2019 |