Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) Malaysia meneruskan saingan acara bola sepak kejohanan Sukan SEA bagi perlawanan ketiga kumpulan A dengan menentang pasukan Timor Leste pada perlawanan yang dijadual berlangsung hari Isnin, 2 Disember 2019.

Dalam perlawanan ketiga kumpulan A ini, pasukan Malaysia tiada pilihan selain perlu mendapatkan kemenangan dengan jumlah jaringan gol yang besar bagi mencerahkan laluan untuk mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak sukan sea 2019.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee harus memanfaatkan perlawanan menentang Timor Leste kerana inilah peluang yang terbaik buat pasukan Malaysia untuk meraih tiga mata penuh di samping jumlah jaringan gol yang besar berikutan Timor Leste merupakan pasukan belasahan dalam acara bola sepak sukan SEA.

Menurut format kejohanan, dua pasukan teratas dari kumpulan A dan B akan layak ke peringkat separuh acara bola sepak sukan sea 2019.

Setakat mengharungi dua perlawanan sebelum ini, pasukan Malaysia belum lagi mencatatkan kemenangan apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar dan tewas 1-0 kepada pasukan tuan rumah, Filipina.

Sekiranya Malaysia gagal meraih kemenangan dalam perlawanan ini sekali gus akan menyaksikan Malaysia bakal menghadapi laluan berliku untuk ke peringkat separuh akhir.

Yang pasti, seluruh peminat sukan bola sepak tanahair pasti mengharapkan pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B-22) Malaysia mempamerkan semangat juang yang tinggi dan tidak mengenal erti kalah dalam usaha merealisasikan misi meraih pingat emas bagi acara bola sepak Sukan SEA 2019. Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta.

Keputusan Siaran Langsung Live Streaming Malaysia Vs Timor Leste Bola Sepak Sukan SEA 2019

Perlawanan ketiga kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2019 membabitkan pasukan Malaysia menentang Timor Leste telah dijadual berlangsung pada hari Isnin 2 Disember 2019, jam 4 petang bertempat di Stadium Rizal Memorial, Manila.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS TIMOR LESTE 2.12.2019 BOLA SEPAK SUKAN SEA
Berikut adalah keputusan perlawanan ketiga kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2019 membabitkan pasukan Malaysia menentang Timor Leste yang dikemaskini menurut keputusan aksi semasa dan terkini sehingga tamat perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Lwn Timor Leste
PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia 40 Timor Leste
Penjaring GolPenjaring Gol
5′ Filomeno (OG)
34′, 44′ Hadi Fayyadh
81′ Akhyar Rashid
 
Stadium Rizal Memorial