Siaran Langsung Keputusan Malaysia Vs UAE 2021

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menyambung kembali saingan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pusingan kedua dengan menentang pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi perlawanan keenam dalam kumpulan G yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 4 Jun 2021.

Aksi Malaysia dalam tiga perlawanan terakhir iaitu menentang UAE, Vietnam dan Thailand amat penting kerana keputusan kemenangan pada keseluruhan tiga perlawanan ini akan mencerahkan laluan Harimau Malaya menjadi pasukan yang berada di kedudukan pertama kumpulan untuk mara ke pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Jika dilihat secara realistik, Malaysia berpeluang meraih kemenangan ke atas UAE dalam perlawanan ini. Namun, Malaysia perlu berwaspada kerana UAE turun beraksi dengan misi penting iaitu mahu meraih kemenangan bersama jaringan gol yang besar ke atas Malaysia.

Sepanjang mengharungi lima perlawanan terdahulu dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 kumpulan G, Malaysia telah berjaya meraih tiga kemenangan selebihnya tewas sekali gus meletakan Malaysia di kedudukan ke-2 kumpulan G dengan kutipan sembilan mata.

Perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang UAE telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 4 Jun 2021 bermula jam 12:45 awal pagi (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Zabeel, Dubai.

Sebagai makluman, perlawanan Malaysia vs UAE turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena 801, 802 dan TV1 seawal jam 12 tengah malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Dalam perkembangan yang sama, Infosentral turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs UAE bagi perlawanan keenam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysia Vs UAE 2021
Zabeel Stadium
PasukanMasa PenuhPasukan
UAE 4 0Malaysia
Penjaring GolPenjaring Gol
19′, 90+1′ Ali Mabkhout
83′, 90+3′ Fábio Lima
Kedudukan Carta Terkini Malaysia Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023
PasukanBPMSKJGGBPGMT
Vietnam 5 3 2 0 5 1 +4 11
UAE 5 3 0 2 12 4 +8 9
Thailand 6 2 3 1 8 5 +3 9
Malaysia 6 3 0 3 8 10 -2 9
Indonesia 6 0 1 5 5 18 -13 1
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata