Keputusan Live Streaming Malaysia Vs Uzbekistan Semasa, Terkini Dan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Skuad Harimau Malaya (Malaysia) kini berada di Amman, Jordan bagi memulakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dengan pasukan Uzbekistan yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 9 Oktober 2021.
Objektif Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Uzbekistan
Objektif utama perlawanan persahabatan kelas A di antara Malaysia menentang Uzbekistan adalah bagi mempersiapkan skuad Harimau Malaysia yang akan menghadapi saingan utama iaitu Piala AFF dan Kelayakan Piala Asia 2023.
Medan Menilai Prestasi Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sebaiknya untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.
Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dengan Uzbekistan
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia berada dikedudukan ke-154 dunia manakala pasukan Uzbekistan pula menduduki ranking ke-84 dunia.
Penyokong Mengharapkan Kemenangan
Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan Uzbekistan sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat mencipta kejutan dengan mencipta kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan antarabangsa kelas A dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking.
Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong
Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan kelas A di antara Malaysia menentang Uzbekistan.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Uzbekistan Persahabatan 9 Oktober 2021
Perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A 2021 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) Uzbekistan telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 9 Oktober 2021 bertempat di Stadium Antarabangsa Amman bermula jam 11 malam mengikut waktu di Malaysia.
Sekiranya aksi perlawanan Malaysia vs Uzbekistan turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di internet, editor akan sertakan maklumat yang berkenaan.
Keputusan Terkini Malaysia Vs Uzbekistan Persahabatan 2021
Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Malaysia vs Uzbekistan bagi aksi persahabatan antarabangsa secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Vs Uzbekistan Persahabatan Antarabangsa 2021 | ||||
Stadium Antarabangsa Amman | ||||
Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
Malaysia | 1 | – | 5 | Uzbekistan |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
45+1′ Baddrol Bakhtiar | Dostonbek 29′,17′ Husain Norchaev 33′ Ibrokhimkhalil 68′ Azizbek 88′ |
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini. |