Live Streaming Malaysia Vs Vietnam Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

Skuad Harimau Malaya [Malaysia] meneruskan aksi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric dengan menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan B yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 27 Disember 2022.

Vietnam Cabaran Utama Malaysia Dalam Kumpulan B

Perlawanan ketiga kumpulan B, Malaysia vs Vietnam bakal menyaksikan skuad Harimau Malaya berhadapan cabaran getir untuk meneruskan momentum kemenangan selepas berjaya meraih dua kemenangan dalam perlawanan sebelum ini.

Malaysia Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Keputusan undian AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan B bersama dengan pasukan Vietnam, Singapore, Myanmar dan Laos.

Prestasi Dan Keserasian Pemain Skuad Harimau Malaya

Hasil dapatan daripada perlawanan persahabatan yang diadakan sebelum ini menyaksikan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah berjaya meningkatkan prestasi serta mengukuhkan persefahaman antara pemain sekali gus dapat membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap bagi mengharungi cabaran dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dan Vietnam

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia [FIFA], Malaysia kini berada dikedudukan ke-145 dunia manakala pasukan Vietnam pula menduduki ranking ke-96 dunia.

Penyokong Mengharapkan Kemenangan

Penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat memperoleh kemenangan kerana kemenangan pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan B penting bagi menambah keyakinan serta melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir bagi meneruskan cabaran memburu kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Strategi Dan Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong

Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan dalam aksi perlawanan ketiga kumpulan B di antara Malaysia menentang Vietnam.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Vietnam Piala AFF Mitsubishi Electric 27 Disember 2022

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan B saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 membabitkan pasukan Malaysia menentang [vs] Vietnam telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 27 Disember 2022 bermula jam 8:30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Nasional Mỹ Đình, Hanoi.

Aksi perlawanan Malaysia vs Vietnam disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena 2 seawal jam 7:30 malam bermula dengan rancangan pra-perlawanan.

RTM TV2 dan RTM Sukan turut siarkan perlawanan Malaysia vs Vietnam, bagaimanapun RTM hanya menyiarkan perlawanan ini bermula lewat 15 minit dari waktu sebenar perlawanan berlangsung.

Keputusan Terkini Malaysia Vs Vietnam AFF Mitsubishi Electric Cup 2022

Dalam pada itu, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Vietnam bagi aksi tiga peringkat kumpulan B secara langsung [live score] hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Live Streaming Malaysia Vs Vietnam AFF Mitsubishi Electric Cup 2022
Stadium Nasional Mỹ Đình, Hanoi
Tuan RumahFTPelawat
Vietnam vietnam aff30malaysia aff Malaysia
Penjaring GolPenjaring Gol
28′ Nguyễn Tiến Linh
64′[P] Que Ngoc Hai
83′ Nguyễn Hoàng Đức
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini
Pautan [Link] Tontonan Online
🔗 Live Streaming Malaysia Vs Vietnam AFF Mitsubishi Electric Cup 2022
🔗 Malaysia vs Vietnam Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 RTM TV2 [8:45PM]
🔗 Malaysia vs Vietnam Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric RTM Sukan [8:45PM]