Keputusan Live Streaming Malaysia Vs Jordan

poster malaysia vs jordan live
Keputusan Live Streaming Malaysia Vs Jordan. Info siaran langsung malaysia vs jordan piala asia 2024 dan keputusan.

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) memulakan saingan Piala Asia 2023/2024 peringkat kumpulan E dengan menentang pasukan Jordan bagi aksi perlawanan pertama yang dijadual berlangsung pada awal pagi hari Selasa, 16 Januari 2024.

Malaysia Perlu Menang

Pasukan Malaysia perlu melakar kemenangan pada perlawanan pertama ini bagi mencerahkan laluan ke pusingan kalah mati selain sebagai penyuntik semangat juang untuk menghadapi cabaran seterusnya dalam saingan peringkat kumpulan.

Prestasi Terbaik Skuad Harimau Malaya

Dalam kempen Piala Asia di Qatar ini, Skuad Harimau Malaya kini dilihat berada dalam prestasi terbaik dibawah kendalian jurulatih Kim Pan Gon yang telah berjaya menempatkan pasukan Malaysia di kedudukan ke-130 dunia ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Lonjakan kedudukan ranking ini pasti menaikkan motivasi pemain turun beraksi dalam saingan Piala Asia dimana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Perbezaan Ranking Dunia FIFA

Atas kertas, perbezaan ranking dunia FIFA dilihat lebih memihak kepada pasukan Jordan yang kini berada pada kedudukan 87 dunia. Berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil skuad Harimau Malaya berupaya mencipta kejutan ke atas Jordan.

Harapan Penyokong

Penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat melakar kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan ini dapat memberi gambaran awal mengenai kemampuan skuad Harimau Malaya menghadapi cabaran Piala Asia 2023/2024 seterusnya.

Aksi Tumpuan Malaysia Vs Jordan

Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia di antara pasukan Malaysia menentang Jordan.

Malaysia Vs Jordan Live

Perlawanan pertama kumpulan E membabitkan pasukan Malaysia menentang Jordan telah dijadual berlangsung pada hari Selasa bertarikh 16 Januari 2024 bermula jam 1.30 pagi waktu Malaysia bertempat di Al Janoub Stadium, Al Wakrah, Qatar.

Aksi Malaysia vs Jordan turun disiarkan secara siaran langsung oleh RTM Sukan, RTM TV Okey serta Astro Arena Bola seawal jam 1 pagi bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Penyokong boleh juga menonton di internet secara live streaming di internet menerusi laman sesawang penstriman rasmi RTMklik dan Sooka (Astro)

Keputusan Terkini

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Jordan bagi perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan
Pasukan Masa Penuh Pasukan
Malaysia bendera malaysia 0 4 bendera jordan Jordan
Penjaring Gol Penjaring Gol
M. Al-Mardi 32′,12′
M. Al-Taamari 85′,(P)18′
Al Janoub Stadium
Tontonan Online
link Live Streaming Malaysia Vs Jordan AFC Asian Cup