Siaran Langsung Keputusan Negeri Sembilan Vs Terengganu 2023

live streaming terengganu vs negeri sembilan
Info Siaran Langsung Dan Live Streaming Negeri Sembilan FC Vs Terengganu FC Liga Super 2023 Merangkumi Keputusan Masa Penuh Perlawanan.

Saingan Liga Super Malaysia 2023 diriuhkan lagi dengan saingan pusingan kelima (LS5) yang turut membabitkan pasukan Negeri Sembilan FC menerima kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 16 Mac 2023.

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik buat pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan FC bagi meraih kemenangan 3 mata pertama di hadapan penyokong sendiri selepas mereka mengharungi aksi Liga Super sebelum ini tanpa sebarang kemenangan.

Bagi mencapai matlamat meraih tiga mata pertama, pasukan Negeri Sembilan FC perlu memberikan fokus dengan sehabis baik mungkin selain menggelak daripada melakukan sebarang kesilapan yang boleh memberi peluang serta kelebihan kepada pihak lawan mencipta sesuatu.

Penyokong setia Terengganu FC sudah tentu berharap pasukan pilihan mereka dapat meraih kemenangan tiga mata penuh dalam perlawanan Liga Super 2023 bertemu Negeri Sembilan FC malam ini.

Seiring dengan harapan, kemenangan tersebut sudah tentu akan menjadi pemangkin untuk terus memperkuatkan pasukan dalam usaha memburu kedudukan terbaik dalam carta Liga Super 2023.

Negeri Sembilan FC perlu berwaspada dengan ancaman pihak lawan kerana pasukan Terengganu FC juga memiliki keupayaan dan kekuatan untuk mencipta kejutan di tempat lawan.

Pertembungan membabitkan Negeri Sembilan FC dan Terengganu FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.

Perlawanan pusingan kelima saingan Liga Super 2023 melibatkan pasukan Negeri Sembilan FC menentang Terengganu FC telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 16 Mac 2023 bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula jam 8:15 malam.

Aksi perlawanan Negeri Sembilan FC vs Terengganu FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran AstroGO dan Astro Arena Bola (803) seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Untuk menonton secara live streaming di internet sila layari saluran rasmi Sooka Astro menerusi judul pautan yang disediakan pada ruangan di bawah.

Dalam pada itu, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Negeri Sembilan FC vs Terengganu FC bagi aksi minggu kelima saingan Liga Super Malaysia 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Negeri Sembilan FC Vs Terengganu FC Liga Super 2023
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Pasukan FT Pasukan
N.Sembilan negeri sembilan fc logo 2 1 terengganu fc logo Terengganu
Penjaring Gol Penjaring Gol
29′ Levy Madinda
67′ Casagrande
Adisak Kraisorn 45′