Siaran langsung keputusan Kedah vs Pahang 6 November 2020
Keputusan Dan Live Streaming Kedah Vs Pahang Piala Malaysia 2020. Skuad Lang Merah, Kedah melayani kunjungan skuad Tok Gajah, Pahang bagi perlawanan kalah mati pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 6 November 2020.
Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia 2020 Pusingan Pertama
Pertemuan membabitkan Kedah dan Pahang sememangnya sebuah perlawanan tumpuan yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan berikutan Kedah dan Pahang turun beraksi untuk merealisasikan misi penting mereka dimana masing-masing mahu mendapatkan kemenangan bagi melayakkan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020.
Perlawanan Kedah vs Pahang Piala Malaysia 2020 Berlangsung Tanpa Penyokong
Aksi perlawanan Kedah menentang Pahang bagi saingan kalah mati pusingan pertama (1) Piala Malaysia akan berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.
Aksi Kedah Dan Pahang Piala Malaysia Pasti Berlangsung Sengit
Infosentral menjangkakan perlawanan membabitkan Kedah dan Pahang pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka berusaha bersunguh-sungguh bagi memperoleh kemenangan supaya layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020.
Format Baru Piala Malaysia 2020
Sebagai info, saingan Piala Malaysia 2020 berlangsung dengan format baru. Format baharu ini hanya digunapakai pada musim ini dengan menyaksikan saingan Piala Malaysia 2020 membabitkan 16 pasukan yang layak akan berlangsung secara kalah mati serta tanpa aksi peringkat kumpulan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Siaran Langsung Atau Live Streaming Kedah Vs Pahang Piala Malaysia 6 November 2020
Perlawanan kalah mati pusingan 1 Piala Malaysia 2020 membabitkan pasukan Kedah menentang (vs) Pahang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 6 November 2020 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.
Untuk makluman, aksi Kedah vs Pahang turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports 1, 2 dan di RTM TV1 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming Kedah Vs Pahang Piala Malaysia 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Piala Malaysia secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Kedah dan Pahang yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Kedah menentang Pahang secara live streaming di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi: https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini Kedah Vs Pahang TM Piala Malaysia 2020
Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs Pahang bagi perlawanan kalah mati pusingan 1 saingan Piala Malaysia 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Info Berkaitan |
Jadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Piala Malaysia 2020 |
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung Kedah Vs Pahang TM Piala Malaysia 2020 Pusingan 1 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Kedah | 3 | – | 2 | Pahang |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
17′ Shakir Hamzah 36′ Kpah Sherman 44′ Kipré Tchétché | Muslim Ahmad 49′ Faizal Rani 88′ | |||
Stadium Darul Aman |