Keputusan Dan Live Streaming Pahang Vs PDRM Liga Super 2020. Skuad Tok Gajah, Pahang melayani kunjungan pasukan PDRM bagi perlawanan ketujuh (LS7) saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 12 September 2020.
Aksi perlawanan Pahang menentang PDRM bagi saingan ketujuh Liga Super 2020 masih dimainkan tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.
Biarpun tanpa kehadiran penyokong setia, Norma Baharu ini tidak akan sesekali menjadi penghalang buat Pahang selaku tuan rumah pada perlawanan ini bagi mendapatkan semula rentak kemenangan dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.
Bagi pasukan PDRM yang beraksi di tempat lawan, pastinya jurulatih mereka menurunkan kesebelasan pemain terbaik selain sedaya upaya mendapatkan kemenangan yang pertama. Sebagai info, setakat enam perlawanan, PDRM belum lagi memperoleh sebarang kemenangan.
Mengenai kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga setelah mengharungi enam perlawanan sebelum ini menyaksikan Pahang menghuni tangga kelapan liga dengan enam mata. Manakala PDRM pula berada dikedudukan tercorot liga tanpa sebarang mata.
Infosentral menjangkakan perlawanan membabitkan Pahang dan PDRM pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka berusaha bersunguh-sungguh bagi memperoleh kemenangan.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Pahang Vs PDRM Liga Super 12 September 2020
Perlawanan ketujuh saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Pahang menentang (vs) PDRM telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 12 September 2020 bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.
Sebagai info, aksi Pahang vs PDRM turut disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 4 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming Pahang Vs PDRM Liga Super 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Pahang dan PDRM yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Pahang menentang PDRM, saingan minggu ketujuh Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini Pahang Vs PDRM CIMB Liga Super 2020
Untuk pengkongsian info, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Pahang vs PDRM bagi perlawanan ketujuh saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung Pahang Vs PDRM CIMB Liga Super 2020 LS7 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Pahang | 2 | – | 1 | PDRM |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
37′ Ivan Carlos 74′ Faisal Halim | (OG) Adam Reed 84′ | |||
Stadium Darul Makmur |