Pasukan Pahang menerima kunjungan pendatang baharu Liga Super, iaitu pasukan Sabah dalam perlawanan ketiga (LS3) saingan CIMB Liga Super 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 10 Mac 2020.
Perlawanan ini merupakan peluang buat pasukan Pahang untuk mendapatkan 3 mata pertama dalam carta liga selepas tewas dua perlawanan berturut-turut selain mengembalikan keyakinan penyokong setia terhadap mereka untuk mengharungi saingan Liga Super seterusnya.
Namun, Pahang perlu waspada dengan ancaman barisan serangan pasukan Sabah yang mampu mencipta kejutan di tempat lawan.
Apapun. pertembungan membabitkan Pahang dan Sabah pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia skuad Tok Gajah terutamanya yang mahu pasukan mereka meraih kemenangan pertama di laman sendiri.
Live Streaming Pahang Vs Sabah Liga Super 10 Mac 2020
Aksi ketiga saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Pahang menentang (vs) Sabah telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 10 Mac 2020 bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Sebagai makluman, perlawanan Pahang vs Sabah turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Keputusan Terkini Pahang Vs Sabah CIMB Liga Super 2020
Dalam pada itu, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Pahang vs Sabah bagi perlawanan ketiga saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
KEPUTUSAN LANGSUNG PAHANG VS SABAH CIMB LIGA SUPER 2020 LS3 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Pahang | 2 | – | 0 | Sabah |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
21′ Ivan Carlos 50′ Herold | ||||
Stadium Darul Makmur |
PLATFORM BERKAITAN |
Keputusan Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Liga Super 2020 |