Senarai penuh peserta ahli kumpulan Maharaja Lawak Mega 2021

Senarai penuh peserta ahli kumpulan Maharaja Lawak Mega 2021. Info senarai lengkap barisan peserta kumpulan maharaja lawak mega tahun 2021.

Malam gelak ketawa semua pelanggan stesen penyiaran berbayar Astro kini kembali selepas rancangan realiti hiburan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang sekian lama dinanti-nantikan akan bersiaran bermula pada 15 Oktober 2021.

Info Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Peserta Maharaja Lawak Mega 2021 terdiri daripada kolaborasi atau kerjasama membabitkan pelawak lama dengan masa kini yang pastinya akan menjadikan program Maharaja Lawak Mega sebagai medium terbaik dalam menghasilkan karya lawak segar dan berinovasi serta memberi mesej yang positif kepada penonton dan peminat rancangan ini.

Datuk AC Mizal Kekal Pengacara Maharaja Lawak Mega 2021

Maharaja Lawak Mega 2021 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos. Sebagai rekod ini merupakan kali kesembilan Datuk AC Mizal diberi kepercayaan mengendalikan program besar ini. Manakala empat juri Maharaja Lawak Mega 2021 akan diperkenalkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama.

Harapan Penonton Maharaja Lawak Mega

Penonton dan peminat Maharaja Lawak Mega 2021 pasti mengharapkan peserta MLM2021 mampu menghasilkan karya lawak segar dan berinovasi serta memberi mesej yang positif.

Hadiah Maharaja Lawak Mega 2021

Juara Maharaja Lawak Mega 2021 akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500,000. Naib Juara sebanyak RM250,000 manakala tempat ketiga pula mendapat RM150,000.

Disamping itu, peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM15,000. Selain hadiah wang tunai peserta turut menerima trofi Maharaja Lawak Mega 2021.

Tarikh Program Maharaja Lawak Mega 2021 Bermula

Maharaja Lawak Mega 2021 akan bermula pada 15 Oktober 2021 setiap Jumaat pukul 9 malam bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) serta disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Warna dan semua platform Astro GO dan On Demand.

Senarai Kumpulan Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Sebagai makluman, jumlah keseluruhan peserta Maharaja Lawak Mega 2021 adalah seramai 11 peserta yang terdiri daripada kumpulan dan tiada penyertaan peserta solo.

Berikut adalah susunan senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2021 setiap kumpulan dan ahli kumpulan masing-masing

Senarai Penuh Peserta Kumpulan Maharaja Lawak Mega 2021
Nama KumpulanAhli / Anggota
BoroAchey
Atu
Fad
TiroDanial
Sharif
Syaiful
PutehMamak
Vicha
Ali
3OTAKPhoon Chi Ho
Farid Azmier
Prakash Daniel
R&RMan
Rahim
TobatShuk Sahar
Bell Ngasri
Ropie
OtaiAzlee
Ieda Moin
Acong
OriHamdan
Abu Mamu
Achok
CawanAliff
Wan Gegau
Che Mat
BahyeZahid
Nizam
Shashic
TaiciChiwan
Tapai
Ilham