Jadual Dan Keputusan Live Streaming Pra Musim JDT 2023 Aksi Persahabatan Di Dubai
Tidak mahu terlalu selesa dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi, pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim [JDT] yang diterajui oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim [TMJ] sudah membuat perancangan dan persiapan rapi bagi mengharungi saingan musim baharu yang dirumuskan penuh mencabar dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan serta merealisasikan rekod dan kejayaan terbaharu.
Fokus Memantapkan Lagi Pasukan Johor Darul Ta’zim [JDT]
Dalam usaha memantapkan kualiti pasukan bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia [Liga M] dan saingan Liga Juara-Juara Asia [ACL], pengurusan JDT telah memilih Dubai, Emiriah Arab Bersatu [UAE] sebagai destinasi gelanggang latihan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra musim 2023 dengan kelab bola sepak dari UAE [Fursan Hispania FC], Russia [FC Rostov, Lokomotiv Moscow & Zenit St. Petersburg] dan Bulgaria [Levski Sofia] di Dubai.
Dubai Sebagai Destinasi Gelanggang Latihan JDT
Pemilihan Dubai sebagai destinasi gelanggang latihan merupakan satu perancangan dan pendedahan yang terbaik buat barisan pemain JDT kerana terdapat kelab-kelab ternama di sana yang dibarisi oleh pemain-pemain berkualiti malah terdapat juga kelab-kelab dari Eropah yang memilih Dubai sebagai aksi pramusim mereka.
Harapan Peminat Dan Penyokong Setia JDT Bagi Cabaran Musim 2023
Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan pada musim 2023 pasti mengharapkan JDT dapat mempertahankan kejuaraan yang dimiliki dalam saingan Liga Malaysia [Liga-M] selain mengharapkan JDT beraksi cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara Asia [ACL].
Tarikh Perlawanan Persahabatan Pramusim JDT 2023 Di Dubai
Pasukan JDT berangkat ke Dubai bagi mengharungi lima aksi persahabatan dengan kelab-kelab bola sepak ternama dari eropah. Disebalik pengumuman JDT untuk mengadakan aksi perlawanan persahabatan pramusim di Dubai ada segelintir individu dan pihak menjangkakan JDT akan menjadi pasukan belasahan sepanjang tempoh siri pramusim tersebut.
Namun lain buat peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan, mereka tidak terguris dengan dakwaan tersebut, biar kena belasah sekurang-kurangnya pemain-pemain JDT tahu kekuatan dan kelemahan mereka sekaligus memperbaikinya sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Malaysia [Liga M] dan saingan Liga Juara-Juara Asia [ACL] 2023.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Pra Musim JDT 2023 Di Dubai
Berikut editor sertakan maklumat yang berkaitan dengan jadual perlawanan dan keputusan persahabatan pra-musim JDT 2023 dengan kelab-kelab bola sepak eropah di Dubai yang dipilih untuk aksi persahabatan pramusim ini.
Maklumat akan dilengkapkan sepenuhnya sebaik sahaja perkara diumumkan oleh pengurusan Johor Darul Ta’zim [JDT].
Jadual Penuh Dan Keputusan Persahabatan JDT Pra Musim Di Dubai 2023 | |||||
Tarikh Masa | Pasukan | Keputusan | Pasukan | ||
25 Januari – Rabu | |||||
9:30PM | JDT | 0 | 2 | FC Rostov | |
28 Januari – Sabtu | |||||
10PM | JDT | 1 | 0 | FC Levski Sofia | |
📌 Perlawanan dihentikan pada minit ke 55+’ selepas pasukan Levski Sofia bertindak menarik diri daripada meneruskan perlawanan. | |||||
31 Januari – Selasa | |||||
9:30PM | JDT | 3 | 0 | Fursan Hispania | |
2 Februari – Khamis | |||||
9:30PM | JDT | 1 | 0 | FC Lokomotiv Moscow | |
6 Februari – Isnin | |||||
9:00PM | JDT | 0 | 3 | FC Zenit St. Petersburg | |
📌 Masa sepak mula perlawanan yang dinyatakan adalah waktu Malaysia. |