Keputusan PRN Kedah 2023 terkini Pilihan Raya PRU DUN Negeri Kedah

Keputusan Jumlah Undi Terkini Dan Senarai Rasmi Pemenang PRN Kedah 2023 Pilihanraya PRU Negeri Kedah 2023

[D]ewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Kedah untuk penggal ke-14 secara rasminya telah dibubarkan pada tanggal 28 Jun 2023 yang lalu.

Pembubaran tersebut sekali gus telah menamatkan pentadbiran oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kerajaan negeri Kedah menerusi majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi penggal ke-14.

Susulan daripada pembubaran itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah diadakan bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Rakyat Menentukan Tampuk Kepimpinan Baharu Negeri Kedah

Pilihan raya negeri sudah tentu menjadi momen penting rakyat Kedah bagi menentukan pemimpin dan wakil mereka dalam mengurus urusan pentadbiran negeri.

Keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Kedah 2023 sekali gus memberi gambaran dan petunjuk jelas mengenai sokongan sebenar rakyat terhadap siapakah pemimpin serta parti politik terbaik yang pilihan rakyat negeri Kedah.

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Negeri PRN Kedah 2023

SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 2023.

Jumlah Kerusi Yang Perlu Dimenangi Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Kedah

Bagi membentuk kerajaan negeri Kedah yang baharu, mana-mana parti politik dan gabungan parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi diperlukan untuk majoriti daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN PRU Kedah 2023 Pilihan Raya Negeri Kedah

Pilihanraya Negeri (PRN) Kedah 2023 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 12 Ogos 2023 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri Kedah boleh mengetahui perkembangan keputusan PRU Kedah 2023 melalui laman ini dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Kedah PRN Kedah 2023
Berikut merupakan butiran dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri Kedah 2023.
ButiranTarikh
Hari Penamaan Calon29 Julai 2023
Tempoh Berkempen14 Hari
Pengundian Awal8 Ogos 2023
Hari Mengundi (umum)12 Ogos 2023
Statistik Rumusan Keputusan Senarai Parti Gabungan Dan Parti Yang Menang Kerusi DUN PRN Kedah 2023
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanJumlah Kerusi Dimenangi
1Perikatan NasionalPN33
iParti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu
iiParti Islam Se-MalaysiaPAS
iiiParti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan
2Pakatan HarapanPH3
iParti Keadilan RakyatPKR
iiParti Amanah NegaraAmanah
iiiParti Tindakan DemokratikDAP
ivBarisan NasionalBN
3Parti Rakyat MalaysiaPRM0
4BEBASBEBAS0
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dun PRN Kedah 202336
Bagi membentuk kerajaan negeri kedah yang baharu, mana-mana gabungan parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
 Senarai Keputusan Calon Pemenang PRN Kedah 2023
Berikut adalah keputusan rasmi SPR senarai calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Kedah 2023 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.
link Senarai Lengkap Pemenang PRN DUN Kedah 2023