Keputusan PRN Negeri Sembilan 2023 terkini Pilihan Raya PRU DUN

Keputusan Jumlah Terkini Undi Dan Jumlah Rasmi Senarai Pemenang PRN Negeri Sembilan 2023 Pilihanraya PRU DUN Negeri Sembilan 2023

[K]erajaan Negeri Sembilan telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Jun 2023 yang lalu bagi tujuan perlaksanaan pertandingan Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut.

Pembubaran itu turut menamatkan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir kerajaan negeri Negeri Sembilan menerusi sistem majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi penggal ke-14.

Kuasa Rakyat Bagi Menentukan Tampuk Kepimpinan Baharu Negeri Sembilan

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan sudah tentu menjadi pengundian penting rakyat Negeri Sembilan bagi menentukan pemimpin dan wakil mereka dalam mengurus urusan pentadbiran negeri.

Penduduk Negeri Sembilan pastinya akan memilih calon terbaik yang dapat memperjuangkan kepentingan mereka serta dapat memajukan negeri berkenaan ke hadapan terutamanya membabitkan aspek ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, serta peningkatan sistem pendidikan dan kesihatan.

Keputusan PRN Negeri Sembilan 2023 Menjadi Tumpuan

Pilihan raya Negeri Sembilan 2023 pasti menjadi peristiwa yang menarik untuk diperhatikan oleh semua pihak. Keputusan pilihan raya ini turut memberikan gambaran mengenai arah politik negeri selain turut berupaya memberi kesan kepada politik nasional.

Tarikh Mengundi Pilihan Raya PRN Negeri Sembilan 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri Sembilan serta menetapkan tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2023.

Jumlah Kerusi Yang Perlu Dimenangi Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Sembilan

Bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, mana-mana parti politik dan gabungan parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi diperlukan untuk majoriti daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN PRU Negeri Sembilan 2023 Pilihan Raya Negeri Sembilan

Pilihanraya Negeri Sembilan 2023 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 12 Ogos 2023 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Negeri Sembilan boleh mengetahui perkembangan keputusan PRU Negeri Sembilan 2023 melalui laman ini dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Sembilan PRN 2023
Berikut merupakan butiran dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri Sembilan 2023.
ButiranTarikh
Hari Penamaan Calon29 Julai 2023
Tempoh Berkempen14 Hari
Pengundian Awal8 Ogos 2023
Hari Mengundi (umum)12 Ogos 2023
Statistik Rumusan Keputusan Senarai Parti Gabungan Dan Parti Yang Menang Kerusi DUN PRN Negeri Sembilan 2023
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanJumlah Kerusi Dimenangi
1Pakatan HarapanPH31
iParti Keadilan RakyatPKR
iiParti Amanah NegaraAmanah
iiiParti Tindakan DemokratikDAP
ivBarisan NasionalBN
2Perikatan NasionalPN5
iParti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu
iiParti Islam Se-MalaysiaPAS
iiiParti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan
3Ikatan Demokratik MalaysiaMUDA0
4BEBASBEBAS0
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dun PRN Negeri Sembilan 202336
Bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, mana-mana gabungan parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Senarai Keputusan Calon Pemenang PRN Negeri Sembilan 2023
Berikut adalah keputusan rasmi SPR senarai calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Sembilan 2023 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.
link Senarai Lengkap Calon Pemenang PRN DUN Negeri Sembilan 2023