Keputusan PRN Penang 2023 terkini Pilihan Raya PRU Dun Pulau Pinang

Keputusan PRN Penang 2023 terkini Pilihan Raya PRU Dun Pulau Pinang. Info keputusan rasmi prn pulau pinang 2023 mengikut pengumuman spr.

Keputusan Jumlah Undi Terkini Dan Rasmi Senarai Pemenang PRN Pulau Pinang 2023 Pilihanraya PRU DUN Negeri Pulau Pinang 2023

[D]ewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Pulau Pinang secara rasminya telah dibubarkan pada tarikh 28 Jun 2023.

Pembubaran DUN Pulau Pinang bertujuan memberi laluan kepada pertandingan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pembubaran tersebut turut menamatkan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi sistem majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi penggal ke-14.

Kuasa Rakyat Bagi Menentukan Tampuk Kepimpinan Baharu Negeri Pulau Pinang

Pilihan raya negeri Pulau Pinang sudah tentu menjadi pengundian penting rakyat Penang bagi menentukan pemimpin dan wakil mereka dalam mengurus urusan pentadbiran negeri.

Penduduk Pulau Pinang pastinya akan memilih calon terbaik yang dapat memperjuangkan kepentingan mereka serta dapat memajukan Penang ke hadapan terutamanya membabitkan aspek ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, serta peningkatan sistem pendidikan dan kesihatan.

Keputusan PRN Penang 2023 Menjadi Tumpuan

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2023 pasti menjadi peristiwa yang menarik untuk diperhatikan oleh semua pihak. Keputusan pilihan raya ini turut memberikan gambaran mengenai arah politik negeri selain turut berupaya memberi kesan kepada politik nasional.

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pulau Pinang serta menetapkan tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 2023.

Jumlah Kerusi Yang Perlu Dimenangi Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Bagi membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang yang baharu, mana-mana parti politik dan gabungan parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi diperlukan untuk majoriti daripada jumlah keseluruhan 40 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN PRU Penang 2023 Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang

Pilihanraya Negeri (PRN) Penang 2023 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 12 Ogos 2023 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri Pulau Pinang boleh mengetahui perkembangan keputusan PRU Penang 2023 melalui laman ini dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Pulau Pinang PRN Penang 2023
Berikut merupakan butiran dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 2023.
ButiranTarikh
Hari Penamaan Calon29 Julai 2023
Tempoh Berkempen14 Hari
Pengundian Awal8 Ogos 2023
Hari Mengundi (umum)12 Ogos 2023
Statistik Rumusan Keputusan Senarai Parti Gabungan Dan Parti Yang Menang Kerusi DUN PRN Pulau Pinang 2023
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanJumlah Kerusi Dimenangi
1Pakatan HarapanPH29
iParti Keadilan RakyatPKR
iiParti Amanah NegaraAmanah
iiiParti Tindakan DemokratikDAP
ivBarisan NasionalBN
2Perikatan NasionalPN11
iParti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu
iiParti Islam Se-MalaysiaPAS
iiiParti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan
3Ikatan Demokratik MalaysiaMUDA0
4Penang Front PartyPFP0
5Parti Rakyat MalaysiaPRM0
6BEBASBEBAS0
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dun PRN Penang 202340
Bagi membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang yang baharu, mana-mana gabungan parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 21 daripada 40 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Senarai Keputusan Calon Pemenang PRN Penang 2023
Berikut adalah keputusan rasmi SPR senarai calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 2023 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.
link Senarai Lengkap Calon Pemenang PRN DUN Pulau Pinang 2023