Keputusan PRN Selangor 2023 terkini Pilihan Raya PRU DUN Selangor

Keputusan Jumlah Undi Terkini Dan Rasmi Senarai Pemenang PRN Selangor 2023 Pilihanraya PRU DUN Negeri Selangor 2023

[D]ewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Selangor untuk penggal ke-14 secara rasminya telah dibubarkan pada tanggal 23 Jun 2023 yang lalu.

Pembubaran DUN Selangor sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran diwartakan bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pembubaran tersebut turut menamatkan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir kerajaan negeri Selangor menerusi sistem majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi penggal ke-14.

Peluang Rakyat Menentukan Tampuk Kepimpinan Baharu Negeri Selangor

Pilihan raya negeri Selangor sudah tentu menjadi pengundian penting rakyat Selangor bagi menentukan pemimpin dan wakil mereka dalam mengurus urusan pentadbiran negeri.

Penduduk Selangor pastinya akan memilih calon terbaik yang dapat memperjuangkan kepentingan mereka dan memajukan negeri Selangor ke hadapan terutamanya membabitkan aspek ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, serta peningkatan sistem pendidikan dan kesihatan.

Keputusan PRN Selangor 2023 Menjadi Tumpuan

Pilihan raya negeri Selangor 2023 pasti menjadi peristiwa yang menarik untuk diperhatikan oleh semua pihak. Keputusan pilihan raya ini turut memberikan gambaran mengenai arah politik negeri selain turut berupaya memberi kesan kepada politik nasional.

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Negeri Selangor 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor dan menetapkan bahawa tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023.

Jumlah Kerusi Yang Perlu Dimenangi Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Selangor

Bagi membentuk kerajaan negeri Selangor yang baharu, mana-mana parti politik dan gabungan parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi diperlukan untuk majoriti daripada jumlah keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN PRU Selangor 2023 Pilihan Raya Negeri Selangor

Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor 2023 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 12 Ogos 2023 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri Selangor boleh mengetahui perkembangan keputusan PRU Selangor 2023 melalui laman ini dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Selangor PRN Selangor 2023
Berikut merupakan butiran dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri Selangor 2023.
ButiranTarikh
Hari Penamaan Calon29 Julai 2023
Tempoh Berkempen14 Hari
Pengundian Awal8 Ogos 2023
Hari Mengundi (umum)12 Ogos 2023
Statistik Rumusan Keputusan Senarai Parti Gabungan Dan Parti Yang Menang Kerusi DUN PRN Selangor 2023
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanJumlah Kerusi Dimenangi
1Pakatan HarapanPH34
iParti Keadilan RakyatPKR
iiParti Amanah NegaraAmanah
iiiParti Tindakan DemokratikDAP
ivBarisan NasionalBN
2Perikatan NasionalPN22
iParti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu
iiParti Islam Se-MalaysiaPAS
iiiParti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan
3Ikatan Demokratik MalaysiaMUDA0
4Parti Rakyat MalaysiaPRM0
5Parti Sosialis MalaysiaPSM0
6Parti Utama RakyatPUR0
7BEBASBEBAS0
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dun PRN Selangor 202356
Bagi membentuk kerajaan negeri Selangor yang baharu, mana-mana gabungan parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
 Senarai Keputusan Calon Pemenang PRN Selangor 2023
Berikut adalah ringkasan keputusan rasmi SPR senarai calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Selangor 2023 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
link Senarai Lengkap Calon Pemenang PRN DUN Selangor 2023