Keputusan Terkini Sabah FC Piala AFC (AFC Cup) 2023 Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Perlawanan
Sabah FC berjaya membawa pasukan ke pentas Asia apabila layak menyertai kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2023.
Faktor Sabah FC Layak Ke Saingan Piala AFC 2023
Pasukan Sabah FC layak mewakili kelab pasukan Liga-Malaysia untuk beraksi pada saingan Piala AFC musim 2023 susulan tiga kejohanan bola sepak utama iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2022 telah dimenangi oleh pasukan yang sama.
Pasukan yang dimaksud itu adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus memberi tuah kepada Sabah FC apabila mendapat slot automatik Piala AFC 2023 menerusi status mereka selaku pasukan yang berada pada kedudukan ketiga Liga Super 2022.
Peraturan Malaysian Football League (MFL)
Mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sekiranya juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah pasukan yang sama, ataupun Piala Malaysia dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka slot kedua ke Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang berada di tempat ketiga Liga Super.
Undian Kumpulan Pasukan Piala AFC 2023
Hasil daripada undian yang telah dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meletakkan Sabah FC berada di kumpulan H bersama pasukan Hai Phong FC (Vietnam), Hougang United FC (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia).
Ringkasan Mengenai Format Pertandingan Piala AFC 2023
- Saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 merupakan edisi ke-20 membabitkan penyertaan 36 pasukan telah di undi mengikut 9 kumpulan masing-masing yang menyaksikan setiap kumpulan di huni oleh empat pasukan.
- Perlawanan peringkat kumpulan dimainkan secara timbal balik (dua perlawanan setiap pasukan) ditempat sendiri dan lawan.
- Pasukan yang berjaya menjadi juara kumpulan akan layak ke peringkat saingan kalah mati (separuh akhir) manakala pasukan naib juara berpeluang layak berdasarkan pengiraan dan perbandingan serta pungutan mata paling tinggi di antara naib juara kumpulan-kumpulan lain.
- Saingan peringkat kalah mati (separuh akhir) antara zon bagi Zon Asean dan Zon Asia Tengah (Central Asia Zone) secara keseluruhannya membabitkan 4 pasukan.
- Pemenang peringkat separuh akhir ini akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut tempat ke play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone – Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) yang melibatkan 4 pasukan keseluruhan.
- Pemenang peringkat play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone) akan layak ke perlawanan play-off akhir (final) Inter-zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) dan Zon Asia Barat yang membabitkan 4 pasukan.
- Perlawanan akhir sebenar saingan Piala AFC 2023 akan menemukan pemenang play-off akhir Inter-Zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) menentang pemenang akhir Zon Asia Barat (West Asia Zone).
Senarai 4 Pasukan Kumpulan H Piala AFC (AFC CUP) 2023
Berikut adalah senarai empat kumpulan yang menghuni kumpulan H bagi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2023/2024.
Senarai Pasukan Kumpulan H AFC CUP 2023/2024 | |
GH | Pasukan |
Hai Phong FC | |
Hougang United FC | |
PSM Makassar | |
Sabah FC |
Kelebihan Menjadi Juara Piala AFC 2023
Pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC 2023 akan layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2024 (ACL) tanpa melalui play-off kelayakan.
Keputusan Sabah FC Piala AFC 2023 Kedudukan Carta Terkini Dan Jadual Perlawanan
Berikut merupakan pernyataan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, keputusan dan kedudukan carta Sabah FC dalam kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 bermula dengan saingan peringkat kumpulan.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Sabah FC Peringkat Kumpulan Piala AFC 2023
Jadual Dan Keputusan Sabah FC Kumpulan H Piala AFC (AFC CUP) 2023 | |||||
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
21 September – Khamis | |||||
8:00PM | Sabah FC | 3 | 1 | Hougang Utd | |
5 Oktober – Khamis | |||||
8:00PM | PSM Makassar | Sabah FC | |||
25 Oktober – Rabu | |||||
6:00PM | Hai Phong | Sabah FC | |||
Timbal Balik | |||||
9 November – Khamis | |||||
8:00PM | Sabah FC | Hai Phong | |||
30 November – Khamis | |||||
8:00PM | Hougang Utd | Sabah FC | |||
14 Disember – Khamis | |||||
8:00PM | Sabah FC | PSM Makassar | |||
Kedudukan Carta Terkini Sabah FC Kumpulan H Piala AFC (AFC CUP) 2023 | ||||||||||
GH | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT | |
1 | Hai Phong FC | 1 | 1 | 0 | 0 | 3 | 0 | +3 | 3 | |
2 | Sabah FC | 1 | 1 | 0 | 0 | 3 | 1 | +2 | 3 | |
3 | Hougang United | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | 3 | -2 | 0 | |
4 | PSM Makassar | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 3 | -3 | 0 | |
Petunjuk Singkatan Bagi Carta | |||||||
BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
Bilangan Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan Gol | Gol Bolos | Perbezaan Gol | Mata |
Petunjuk Warna Dalam Carta | ||
Mara Ke Separuh Akhir Zon | Berpeluang Mara Ke Separuh Akhir Zon | Tersingkir |
Sorotan Kandungan
- Keputusan Terkini Sabah FC Piala AFC (AFC Cup) 2023 Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Perlawanan
- Faktor Sabah FC Layak Ke Saingan Piala AFC 2023
- Peraturan Malaysian Football League (MFL)
- Undian Kumpulan Pasukan Piala AFC 2023
- Ringkasan Mengenai Format Pertandingan Piala AFC 2023
- Senarai 4 Pasukan Kumpulan H Piala AFC (AFC CUP) 2023
- Kelebihan Menjadi Juara Piala AFC 2023
- Keputusan Sabah FC Piala AFC 2023 Kedudukan Carta Terkini Dan Jadual Perlawanan
- Jadual Dan Keputusan Perlawanan Sabah FC Peringkat Kumpulan Piala AFC 2023