Keputusan Live Streaming Sabah FC Vs Penang FC Liga Super 2023 Semasa, Terkini Dan Penuh

Saingan Liga Super Malaysia 2023 dimeriahkan lagi dengan saingan pusingan kelima [LS5] yang turut menyaksikan pasukan Sabah FC melayan kunjungan Penang FC dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 17 Mac 2023.

Penyokong Mahu Sabah FC Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

Penyokong setia Sabah FC sudah tentu berharap pasukan pilihan mereka dapat meraih kemenangan tiga mata penuh atau mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan Liga Super 2023 bertemu Penang FC malam ini.

Seiring dengan harapan, kemenangan tersebut sudah tentu akan menjadi momentum untuk terus memperkuatkan pasukan dalam usaha memberi cabaran kepada pendahulu Liga Super, JDT setakat ini.

Peluang Penang FC Mencari Rentak Kemenangan

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik buat pasukan Penang FC bagi meraih kemenangan 3 mata pertama selepas mengharungi aksi Liga Super sebelum ini tanpa sebarang kemenangan.

Penang FC Perlu Fokus Sepenuhnya Bagi Menjayakan Misi

Bagi mencapai matlamat meraih tiga mata pertama, pasukan Penang FC perlu memberikan fokus dengan sehabis baik mungkin selain menggelak daripada melakukan sebarang kesilapan yang boleh memberi peluang serta kelebihan kepada pihak lawan mencipta sesuatu.

Sabah FC Perlu Waspada Ancaman Penang FC

Sabah FC perlu berwaspada dengan ancaman pihak lawan kerana pasukan Penang FC juga memiliki keupayaan dan kekuatan untuk mencipta kejutan di tempat lawan.

Perlawanan Sabah FC Vs Penang FC Bakal Berlangsung Sengit

Pertembungan membabitkan Sabah FC dan Penang FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Sabah FC Vs Penang FC Liga Super 17 Mac 2023

Perlawanan pusingan kelima saingan Liga Super 2023 membabitkan pasukan Sabah FC menentang [vs] Penang FC telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 17 Mac 2023 bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu bermula jam 8:15 malam.

Aksi perlawanan Sabah FC vs Penang FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran AstroGO dan Astro Arena Bola [803] seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Untuk menonton secara live streaming di internet sila layari saluran rasmi Sooka Astro menerusi judul pautan yang disediakan pada ruangan di bawah.

Pautan [Link] Tontonan Online
🔗 Live Streaming Sabah FC Vs Penang FC Liga Super 2023 LS5 [Sooka Astro]

Keputusan Terkini Sabah FC Vs Penang FC Liga Super 2023

Dalam pada itu, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Sabah FC vs Penang FC bagi aksi minggu kelima saingan Liga Super Malaysia 2023 secara langsung [live score] hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Sabah FC Vs Penang FC Liga Super 2023
Stadium Likas, Kota Kinabalu
PasukanFTPasukan
Sabah FC sabah fc logo52penang fc logo Penang FC
Penjaring GolPenjaring Gol
3′,59′ Park Tae-Soo
45′ Darren Lok
55′ Daniel Ting
90’+12[P] Rizal Ghazali
Soony Saad 8′
Adriano [P]90’+1
📌 Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini