Live Streaming JDT Vs Selangor FC Liga Super 2023 Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambut kunjungan pasukan Selangor FC dalam aksi pusingan kedua Liga Super 2023 bagi perlawanan ke-18 (LS18) yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023.

JDT Vs Selangor Perlawanan Tumpuan Yang Dinantikan Penyokong

Pertembungan JDT dan Selangor bagi saingan Liga Super 2023 merupakan aksi yang dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan memandangkan pasukan Selangor FC merupakan pesaing terdekat JDT dalam kancah Liga Malaysia musim 2023.

Penyokong Skuad Harimau Selatan Mahu JDT Teruskan Momentum Kemenangan

Penyokong skuad Harimau Selatan pasti meletakkan harapan yang tinggi dengan mengharapkan pasukan pilihan mereka dapat meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Super 2023 malam ini.

Seiring dengan harapan, kemenangan tersebut sekali gus akan mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pendahulu Liga sekali gus dapat mempertahankan kejuaraan buat kali kesepuluh berturut-turut.

Disebalik Cabaran Besar, Selangor FC Mampu Mencipta Kejutan

Selangor FC pasti menghadapi tugas sukar berdepan dengan pasukan JDT dalam pertemuan ini.

Namun, perlawanan ini merupakan peluang Selangor FC bagi membuktikan mereka mampu mencipta kejutan ataupun sekurang-kurangnya dapat memberi tekanan dan cabaran kepada JDT untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

JDT Dalam Misi Mempertahankan Kejuaraan Piala FA Malaysia

Saingan Liga Super musim 2023 juga menyaksikan JDT dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada musim lalu. Bagi merealisasikan misi tersebut, JDT sudah tentu tidak mahu ambil mudah terhadap cabaran daripada pihak lawan.

Perlawanan JDT Vs Selangor FC Pasti Berlangsung Sengit

Pertembungan membabitkan Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.

Strategi, Taktikal JDT Dan Selangor FC Menjadi Tumpuan Penyokong

Penyokong JDT dan Selangor FC sudah tentu memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan dalam perlawanan tumpuan Liga Super 2023 ini.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Selangor FC Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 bagi perlawanan ke-18 membabitkan pasukan JDT menentang (vs) Selangor telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 29 Julai 2023 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bermula jam 9:00 malam.

Perlawanan JDT vs Selangor turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan RTM dan RTM TV Okey seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan.

Untuk menonton secara live streaming di internet sila layari laman sesawang penstriman rasmi RTMklik menerusi judul pautan yang disediakan pada ruangan di bawah.

Keputusan Terkini JDT Vs Selangor FC 29 Julai 2023

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs Selangor FC bagi aksi ke-18 saingan Liga Super 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Selangor FC Liga Super 2023 (LS18)
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Tuan RumahFTPelawat
JDT jdt fc logo20selangor fc logo Selangor FC
Penjaring GolPenjaring Gol
82′ Heberty
90’+3(P) Bergson
nota Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini
Pautan (Link) Tontonan Online
pautan keluar Live Streaming JDT Vs Selangor FC Liga Super 2023 LS18 (Sukan RTM)