Siaran langsung keputusan Selangor vs Terengganu FC 11 Mac 2020
Pasukan Terengganu FC menerima kunjungan skuad Red Giants, Selangor bagi perlawanan ketiga (LS3) saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 11 Mac 2020.
Perlawanan ini merupakan misi Terengganu FC untuk mendapatkan 3 mata berharga di laman sendiri selain meneruskan momentum kemenangan.
Bagi merealisasikan misi tersebut, barisan pemain Terengganu FC perlu memberikan aksi 100 peratus fokus serta tidak melakukan sebarang kesilapan yang boleh memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Namun dengan keupayaan dan kekuataan yang dimiliki oleh pasukan Selangor yang pasti turun dengan misi yang sama, Terengganu mungkin terpaksa berhempas-pulas sebelum berjaya meraih kemenangan di laman sendiri.
Bagi Selangor pula, mereka sudah tentu akan sedaya mempertahankan gawang daripada dibolosi serta beraksi dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan keputusan yang positif di tempat lawan.
Apapun, perlawanan CIMB Liga Super 2020 saingan ketiga (LS3) membabitkan Terengganu FC menentang Selangor pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong kedua-dua pasukan yang mahu pasukan pilihan mereka mengekalkan momentum kemenangan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Live Streaming Selangor Vs Terengganu FC Liga Super 11 Mac 2020
Aksi ketiga saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Terengganu FC menentang (vs) Selangor telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 11 Mac 2020 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Untuk makluman, perlawanan Terengganu FC vs Selangor turut akan disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Keputusan Terkini Terengganu FC Vs Selangor CIMB Liga Super 2020
Dalam pada itu, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Selangor vs Terengganu FC bagi perlawanan ketiga saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
KEPUTUSAN LANGSUNG TERENGGANU FC VS SELANGOR CIMB LIGA SUPER 2020 LS3 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Terengganu FC ![]() | 3 | – | 3 | ![]() |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
![]() ![]() ![]() | Ifedayo 39′![]() Khyrill 52′ ![]() Brendan 70′ ![]() | |||
![]() |
![]() |
![]() |