Siaran Langsung Keputusan Terengganu Lwn Penang 2024

Saingan Liga Super musim 2024/25 kini memasuki aksi kedua dengan menyaksikan pasukan Penang FC menyambut kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 19 Mei 2024.

Penang FC Lwn Terengganu FC Misi 3 Mata

Perlawanan ini merupakan misi penting kedua-dua pasukan bagi meraih tiga mata berharga selepas masing-masing berjaya mengelak daripada kekalahan pada perlawanan pertama tempoh hari.

Berdasarkan prestasi semasa, pasukan Terengganu FC seharusnya tidak berdepan sebarang masalah untuk terus mengutip mata penuh apabila berkemungkinan besar Penang FC akan berputih mata di laman sendiri.

Bagi Penang FC pula, dengan permulaan yang baik dalam aksi pembuka tirai Liga Super tempoh hari pasti menjadikan perlawanan ini sebagai titik kebangkitan untuk skuad Harimau Kumbang menghadapi cabaran skuad Penyu.

Harapan Penyokong Terengganu FC Dan Penang FC

Penyokong setia Penang FC mahupun Terengganu FC pasti meletakkan harapan yang tinggi sambil mengharapkan pasukan pilihan mereka dapat meraih kemenangan dalam perlawanan ini.

Seiring dengan harapan, kemenangan tersebut sudah tentu akan menjadi momentum untuk terus memperkuatkan pasukan dalam usaha memburu kejuaraan Liga bagi musim ini.

Pertembungan membabitkan Terengganu FC dan Penang FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.

Penyokong kedua-dua sudah tentu memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan.

Live Streaming Terengganu FC Lwn Penang FC Liga Super 2024

Perlawanan kedua saingan Liga Super musim 2024/25 membabitkan pasukan Penang FC menentang Terengganu FC telah dijadual berlangsung pada hari Ahad bertarikh 19 Mei 2024 bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang bermula jam 8:15 malam.

Aksi Penang FC lwn Terengganu turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena (801) serta AstroGo seawal jam 7:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk menonton secara live streaming di internet, penyokong kedua-dua pasukan boleh melayari laman web penstriman rasmi Astro (Sooka) menerusi judul pautan yang disertakan di bawah.

Keputusan Penang FC Lwn Terengganu FC

Dalam pada itu, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Penang FC melawan Terengganu bagi aksi kedua saingan Liga Super 2024/25 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Penang FC Lwn Terengganu FC Liga Super 2024/25 (8:15PM)
Tuan Rumah8:15PMPelawat
Penang FC logo penang fclogo terengganu fc Terengganu FC
Penjaring GolPenjaring Gol
 Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Tontonan Online
pautan keluar Live Streaming Terengganu Vs Penang Liga Super 2024