Keputusan Dan Live Streaming Terengganu FC Vs Sabah Liga Super 2020. Terengganu FC meneruskan saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dengan menentang pasukan Sabah FA dalam perlawanan kelima (LS5) yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 29 Ogos 2020.
Meskipun berhadapan lawan di laman sendiri, Terengganu FC sudah tentu tidak akan sesekali memandang ringan terhadap keupayaan pihak lawan selain tidak boleh leka kerana mereka bakal berdepan tentangan yang sengit dari pasukan Sabah.
Pertemuan Terengganu FC menentang Sabah bagi saingan ke-5 Liga Super 2020 akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Walaupun tanpa kehadiran penyokong, Norma Baharu ini tidak menjadi penghalang buat pasukan Terengganu FC selaku tuan rumah pada perlawanan ini untuk sedaya upaya mendapatkan kemenangan dengan meraih tiga mata berharga kerana dengan penambahan tiga mata membolehkan mereka memintas kedudukan pasukan Perak yang berada di tangga kedua Liga.
Bagi pasukan Sabah pula, misi mereka adalah memburu kemenangan bagi mengembalikan keyakinan penyokong terhadap keupayaan pasukan dalam mengharungi baki saingan Liga Super 2020 seterusnya.
Sebagai info, kedudukan carta liga setakat empat perlawanan sebelum ini menyaksikan Terengganu FC berada di kedudukan ketiga Liga selepas meraih tujuh mata. Manakala Sabah pula berada di tangga ketujuh dengan kutipan lima mata.
Apapun, Infosentral menjangkakan aksi Liga Super 2020 membabitkan Terengganu FC menentang Sabah pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka berusaha dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan kemenangan.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Terengganu FC Vs Sabah Liga Super 29 Ogos 2020
Perlawanan ke-5 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Terengganu FC menentang (vs) Sabah telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 29 Ogos 2020 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Untuk makluman, aksi Terengganu FC vs Sabah turut akan disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming Terengganu FC Vs Sabah Liga Super 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung secara percuma aksi perlawanan Liga Super melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Terengganu FC dan Sabah yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Terengganu menentang Saingan, saingan kelima Liga Super 2020 di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini Terengganu FC Vs Sabah CIMB Liga Super 2020
Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Terengganu FC vs Sabah bagi perlawanan kelima saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung Terengganu FC Vs Sabah CIMB Liga Super 2020 LS5 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Terengganu FC | 4 | – | 0 | Sabah |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
12′ Dominique 43′, 72 Sanjar 85′ Faris Ramli | – | |||
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) |