Keputusan Live Streaming JDT Vs CD Alcoyano 2024

Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi persahabatan pra-musim 2024 (friendly match) mereka di Sepanyol (Spain) dengan menentang kelab bola sepak CD Alcoyano bagi perlawanan persahabatan keempat yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 24 April 2024.

Fokus Persiapan Memantapkan Lagi Pasukan Johor Darul Ta’zim

Dalam usaha memantapkan kualiti pasukan bagi menghadapi cabaran musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, pengurusan JDT memilih Spain buat kali pertama sebagai destinasi gelanggang latihan dengan mengadakan tujuh siri perlawanan persahabatan pra musim 2024 dengan kelab liga bola sepak di sana.

Spain Sebagai Destinasi Gelanggang Latihan JDT

Pemilihan Sepanyol sebagai destinasi gelanggang latihan merupakan satu perancangan dan pendedahan yang terbaik buat barisan pemain JDT malah terdapat juga kelab-kelab dari Eropah yang memilih Spain sebagai aksi pra musim mereka kerana terdapat kemudahan-kemudahan sofistikated dan spektakular yang bertaraf dunia.

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan pada musim 2024 pasti mengharapkan JDT dapat mempertahankan kejuaraan yang dimiliki dalam saingan Liga Malaysia selain mengharapkan JDT beraksi cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara Asia.

Siaran Langsung JDT Vs CD Alcoyano 2024 Persahabatan Pra Musim

Perlawanan persahabatan keempat di Spain membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang CD Alcoyano telah dijadual berlangsung pada hari Rabu bertarikh 24 April 2024 bermula jam 6:00 petang waktu Malaysia bertempat di El Campo Municipal de El Collao (Estadio El Collao).

Sekiranya aksi perlawanan JDT vs CD Alcoyano disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di internet, editor akan sertakan pautan (link) atau video dalam ruangan di bawah.

Keputusan Terkini JDT Vs CD Alcoyano Persahabatan Pra Musim 2024

Dalam pada itu, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs CD Alcoyano bagi perlawanan keempat pra musim JDT di Spain secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs CD Alcoyano Pra Musim 2024
Pasukan6:00PMPasukan
JDT logo jdtlogo cd alcoyano CD Alcoyano
Penjaring GolPenjaring Gol
Campo Municipal de El Collao (Estadio El Collao)
Tontonan Online
pautan keluar Live Streaming JDT Vs CD Alcoyano Pre Season 2024
Keputusan Perlawanan JDT Sebelum Ini
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
17 April – Rabu
6:00PMJDT logo jdt30logo real murcia cf Real Murcia CF
18 April – Khamis
6:00PMJDT logo jdt31logo cf la nucia CF La Nucía
23 April – Selasa
2:00AMJDT logo jdt70logo club costa city Club Costa City