Keputusan Live Streaming JDT Vs Kawasaki Frontale Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh.

Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2022 dengan menentang wakil Jepun iaitu pasukan Kawasaki Frontale bagi perlawanan timbal balik kumpulan I yang telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 24 April 2022.

Johor Tuan Rumah Kumpulan I ACL 2022

Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2022 menyaksikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memilih Johor sebagai tuan rumah bagi saingan Kumpulan I.

Pemilihan Johor selaku tuan rumah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan JDT kerana dengan kehadiran penyokong JDT dapat meniupkan semangat serta motivasi barisan pemain untuk memberikan persembahan terbaik di gelanggang sendiri.

Kawasaki Frontale Pencabar terdekat JDT Dalam Kumpulan I

Selepas mengharungi tiga perlawanan, kedudukan carta kumpulan I menyaksikan pasukan Kawasaki Frontale merupakan pencabar terdekat JDT dalam usaha memburu tempat ke pusingan kalah mati (16 pasukan terbaik).

JDT Berpeluang Mara Ke Peringkat Kalah Mati (Pusingan 16)

Berdasarkan persediaan serta prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua barisan pemain JDT dalam menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia 2022, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan).

JDT Perlu Menewaskan Kawasaki Frontale Bagi Mencerahkan Laluan Ke Peringkat Kalah Mati

JDT perlu memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menewaskan pasukan Kawasaki Frontale pada aksi timbal balik perlawanan keempat kumpulan I. Sekiranya JDT berjaya menewaskan Kawasaki Frontale atau sekurang-kurang berjaya mengikat keputusan seri seperti pertemuan pertama tempoh hari, peluang untuk JDT mencipta sejarah berjaya ke peringkat perlawanan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) semakin cerah.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT berjaya meraih kemenangan seterusnya kerana ia akan menyuntik semangat barisan skuad Harimau Selatan serta menambah keyakinan bagi menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Kawasaki Frontale 24 April 2022 ACL

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan keempat (timbal balik) kumpulan I membabitkan pasukan JDT menentang Kawasaki Frontale telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 24 April 2022 bermula jam 10 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Aksi pertembungan JDT vs Kawasaki Frontale turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Arena 2 (saluran 802) seawal jam 9:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini JDT Vs Kawasaki Frontale ACL 2022

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Kawasaki Frontale bagi aksi keempat perlawanan timbal balik kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Kawasaki Frontale ACL 2022
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT05Kawasaki Frontale
Penjaring GolPenjaring Gol
Yasuto 14′
Yu Kobayashi 43′,32′
Marcinho 81′
Chanathip 88′
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini.
Pautan Tontonan Online
Klik Pautan (Link) : Live Streaming JDT Vs Kawasaki Frontale ACL 2022
Info Berkaitan
Klik Pautan (Link) : Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta JDT ACL 2022 Kumpulan I