Keputusan Live Streaming JDT Vs Ulsan Hyundai FC Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh.

Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2022 dengan menentang wakil Korea Selatan iaitu pasukan Ulsan Hyundai FC bagi perlawanan keenam (timbal balik) kumpulan I yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 30 April 2022.

Misi Hidup Mati JDT

Perlawanan terakhir kumpulan I menyaksikan JDT turun dengan misi hidup mati dalam usaha untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan.

Tiada Pilihan Kecuali Kemenangan

Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada pilihan lain kecuali mencatatkan kemenangan ke atas Ulsan Hyundai pada perlawanan terakhir ini untuk muncul sebagai juara kumpulan I sekaligus layak secara automatik ke peringkat seterusnya iaitu pusingan kalah mati yang membabitkan 16 pasukan terbaik.

Johor Tuan Rumah Kumpulan I ACL 2022

Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2022 menyaksikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memilih Johor selaku tuan rumah bagi saingan Kumpulan I.

Pemilihan Johor sebagai tuan rumah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan JDT kerana dengan kehadiran penyokong JDT dapat meniupkan semangat serta motivasi untuk barisan pemain memberikan persembahan terbaik di gelanggang sendiri.

JDT Berpeluang Mara Ke Peringkat Kalah Mati (Pusingan 16)

Berdasarkan persediaan serta prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua barisan pemain JDT dalam menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia 2022, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan).

JDT Perlu Menewaskan Ulsan Hyundai FC

JDT perlu memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menewaskan pasukan Ulsan Hyundai FC pada aksi terakhir kumpulan I. Meskipun JDT menghadapi tugas berat berdepan pasukan gergasi dari Asia ini, namun dengan semangat juang yang tinggi, JDT mampu mencipta kejutan.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT berjaya meraih kemenangan seterusnya kerana ia akan menyuntik semangat barisan skuad Harimau Selatan serta menambah keyakinan bagi menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Ulsan Hyundai FC 30 April 2022 ACL

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan terakhir kumpulan I membabitkan pasukan JDT menentang Ulsan Hyundai FC telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 30 April 2022 bermula jam 5 petang bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Aksi pertembungan JDT vs Ulsan Hyundai FC turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Arena 2 (saluran 802) seawal jam 4 petang bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini JDT Vs Ulsan Hyundai FC ACL 2022

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Ulsan Hyundai FC bagi perlawanan terakhir kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Ulsan Hyundai FC ACL 2022
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT21Ulsan Hyundai FC
Penjaring GolPenjaring Gol
5′ Leandro Velázquez
90’+4 Park Yong-Woo (OG)
Jun Amano 6′
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini.
Pautan Tontonan Online
Klik Pautan (Link) : Live Streaming JDT Vs Ulsan Hyundai FC ACL 2022
Info Berkaitan
Klik Pautan (Link) : Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta JDT ACL 2022 Kumpulan I