Siaran Langsung Keputusan JDT Vs Urawa Red Diamonds 2022

Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2022 bagi pusingan 16 (Round Of 16) Zon Asia Timur dengan menentang wakil Jepun iaitu pasukan Urawa Red Diamonds dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 19 Ogos 2022.

Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2022 bagi pusingan 16 pasukan ini turut menyaksikan JDT berdepan dengan misi hidup mati dalam usaha melakar sejarah tersendiri untuk melayakkan pasukan buat kali pertama ke peringkat suku akhir ACL.

Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada pilihan lain kecuali mencatatkan kemenangan ke atas Urawa Red Diamonds pada perlawanan pusingan 16.

Seperti diketahui umum, peringkat 16 pasukan terbaik sememangnya dibarisi oleh kelab-kelab bola sepak terhebat Asia yang masing-masing mempunyai visi dan misi tersendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League).

Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2022 menyaksikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memilih Urawa Red Diamonds (Japan) selaku tuan rumah bagi perlawanan pusingan 16 yang membabitkan kedua-dua pasukan.

Pemilihan Urawa Red Diamonds sebagai tuan rumah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan lawan kerana dengan kehadiran penyokong Urawa dapat meniupkan semangat serta motivasi untuk barisan pemain memberikan persembahan terbaik di gelanggang sendiri.

Berdasarkan persediaan serta prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua barisan pemain JDT dalam menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia 2022, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan suku akhir.

JDT perlu memanfaat kelebihan barisan pemain yang diturunkan dengan menewaskan pasukan Urawa Red Diamonds pada aksi pusingan 16.

Meskipun JDT menghadapi tugas berat berdepan pasukan gergasi dari Asia ini, namun dengan semangat juang yang tinggi, JDT mampu mencipta kejutan.

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT berjaya meraih kemenangan seterusnya kerana ia akan menyuntik semangat barisan skuad Harimau Selatan serta menambah keyakinan bagi menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan peringkat pusingan 16 (Round Of 16) membabitkan pasukan JDT menentang Urawa Red Diamonds telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 19 Ogos 2022 bermula jam 7 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Saitama 2002, Jepun.

Aksi pertembungan JDT vs Urawa Red Diamonds turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Arena 2 (saluran 802) seawal jam 6 petang bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Urawa Red Diamonds bagi perlawanan peringkat pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Urawa Red Diamonds ACL 2022
Stadium Saitama 2002, Jepun
PasukanMasa PenuhPasukan
Urawa R.D50JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
9′ A.Scholz
19′,39′ D.Moberg
84’90’+1 Kasper Junker
Pautan Tontonan Online
Live Streaming JDT Vs Urawa Red Diamonds ACL 2022 Round Of 16
Pautan Info Berkaitan
Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta JDT ACL