Siaran Langsung Live Streaming Malaysia Vs Chinese Taipei 2024

Malaysia menentang pasukan Chinese Taipei (Taiwan) bagi aksi keenam atau aksi terakhir kumpulan D perlawanan bola sepak saingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 11 Jun 2024.

Malaysia Lwn Chinese Taipei Aksi Pelengkap Jadual

Perlawanan membabitkan Malaysia menentang Chinese Taipei dirumuskan sebagai aksi pelengkap jadual terakhir kumpulan D memandangkan kedua-dua pasukan ini tidak lagi mempunyai peluang untuk mara ke peringkat pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026

Malaysia beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula pada peringkat pusingan kedua serta diundi berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan (Chinese Taipei).

Ranking FIFA Terkini Malaysia Dan Chinese Taipei

Berdasarkan ranking semasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) setakat Jun  2024 menyaksikan Malaysia berada dikedudukan ke-135 dunia manakala pasukan Chinese Taipei pula menduduki ranking ke-161 dunia.

Rumusan Format Kelayakan

  • Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia (AFC) membabitkan lima peringkat pusingan kelayakan.
  • Setiap pasukan akan bersaing bagi merebut tempat peringkat kelayakan seterusnya sehingga berjaya mendapat slot pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang diadakan di tiga buah negara tuan rumah bersama iaitu Canada, Mexico dan United States (USA).

Misi Malaysia Ke Piala Dunia

Meskipun misi layak ke FIFA Piala Dunia dalam tempoh terdekat dirumuskan sebagai misi mustahil namun sekurang-kurangnya Malaysia sudah semakin hampir untuk ke saingan Piala Dunia.

Live Streaming Malaysia Vs Chinese Taipei Kelayakan Piala Dunia 2026

Perlawanan terakhir kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan pasukan Malaysia menentang Chinese Taipei telah dijadual berlangsung pada hari Selasa bertarikh 11 Jun 2024 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9 malam.

Aksi live Malaysia vs Chinese Taipei turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena, AstroGO, RTM Sukan dan RTM TV Okey seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Penyokong skuad Harimau Malaya boleh juga menonton perlawanan live Malaysia melawan Chinese secara streaming di internet dengan melayari laman web penstriman rasmi Sooka (Astro) dan RTMklik.

Keputusan Malaysia Lwn Chinese Taipei

Dalam pada itu, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia melawan Chinese Taipei bagi aksi keenam kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Live Malaysia Vs Chinese Taipei Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Malaysia bendera malaysia31bendera chinese taipei C.Taipei
Penjaring GolPenjaring Gol
54′ Safawi Rasid
70′ Paulo Josué
90’+6 Adib Ra’op
Yu Yao-Hsing 21′
Stadium Nasional Bukit Jalil
Tontonan Online
pautan keluar Live Streaming Malaysia Vs Chinese Taipei Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027